Telefilem Mendarat Di Syurga Di TV3

Telefilem Mendarat Di Syurga Di TV3

Saksikan telefilem terbaru Mendarat Di Syurga yang akan menemui penonton pada 8 April 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Kader dengan nukilan skrip bersama daripada Maizura Ederis dan Marr Mohamad.

Ianya dihasilkan daripada idea asal Marr Mohamad sendiri bagi mengenang semula kisah tragedi pesawat MH17 yang terhempas serta misteri kehilangan MCH370 hampir sedekad lalu.

Sinopsis Telefilem Mendarat Di Syurga

Telefilem Mendarat Di Syurga menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Siti Saleha, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Riz Amin, Aida Khalida, Muaz Zabir, Shah Faris, Silfeny Osman dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai Khalif
  • Siti Saleha sebagai Julia
  • Nad Zainal sebagai Dyan
  • Riz Amin sebagai Elyaas
  • Shah Faris sebagai Aydan
  • Muaz Zabir sebagai Zaqwan
  • Aida Khalida sebagai Rayhan

Ianya mengisahkan tentang Khalif dan Dyan yang mana mereka berdua adalah insan yang saling tidak mengenali, menaiki pesawat JK566 Eriqa Airways yang dijadualkan terbang menuju ke Genovia.

Namun, segalanya berubah apabila pesawat itu ditakdirkan terhempas. Sejak itu kehidupan ahli keluarga dan sahabat mereka berubah secara mendadak.

Rayhan iaitu ibu Khalif tidak redha dengan kerjaya anaknya sebagai peramugara. Julia dihimpit rasa bersalah kerana meminta Khalif menggantikan dia bertugas pada malam itu.

Elyas pula telah curang terhadap isterinya, Dyan. Dari bulan ke tahun, mampukah mereka bangkit semula untuk melupakan penyesalan itu?

Telefilem Mendarat Di Syurga Di TV3

Telefilem Mendarat Di Syurga Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post