Telefilem Mualaf Ekspres Di TV2

Telefilem Mualaf Ekspres Di TV2

Saksikan telefilem Mualaf Ekspres yang akan menemui penonton pada 10 April 2023, bersiaran pada hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem khas Ramadan ini merupakan terbitan syarikat produksi Rumah Produksi merah dan diarahkan oleh Ejump Mohd dengan nukilan skrip daripada Loh Chung Tat.

Sinopsis Telefilem Mualaf Ekspres

Telefilem Mualaf Ekpres menampilkan barisan pelakon seperti Daniel Fong, Harissa Adlin, Ropie, Nazia Mustafar, Dato' Awie, Wan Gegau dan ramai lagi.

  • Daniel Fong sebagai Sean Lee
  • Harissa Adlin sebagai Sweet
  • Nazia Mustafar sebagai Mak Liza
  • Ropie sebagai Ropie

Ianya mengisahkan tentang seorang pemuda berbangsa Cina bernama Sean Lee yang menaruh hati kepada gadis melayu dengan dengan itu dia cuba berpuasa sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Dia sanggup berpuasa adalah demi membuktikan kepada keluarga kekasihnya, Sweet bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan kesungguhan dirinya terhadap kekasihnya itu. Ia termasuklah sanggup berpuasa demi mengekalkan hubungannya dengan Sweet.

Sementara itu, Mak Liza iaitu ibu kepada Sweet merancang untuk menjodohkan anak gadisnya itu dengan lelaki bernama Ropie yang juga orang kaya di kampung mereka. Mak Liza beranggapan bahawa Sweet akan lebih bahagia dapat berkahwin dengan lelaki kaya yang serba sempurna

Untuk mencapai cita-citanya menjodohkan Sweet dengan Ropie, Mak Liza merancang pelbagai helah bersama-sama dengan Ropie untuk menggagalkan cubaan Sean Lee berpuasa. Namun adakah hasrat mereka berjaya? Bagaimana pula Sean Lee menepis cubaan tersebut?

Telefilem Mualaf Ekspres Di TV2

Telefilem Mualaf Ekspres Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post