Telefilem Pengantin Tangkap Muat Di Astro Ria

Telefilem Pengantin Tangkap Muat Di Astro Ria

Saksikan telefilem Pengantin Tangkap Muat yang akan menemui penonton pada 26 April 2023 (raya kelima), bersiaran pada hari Rabu, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Aidilfitri ini kali ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Faliq Sharif dengna nukilan skrip daripada Zeck Vion.

Sinopsis Telefilem Pengantin Tangkap Muat

Telefilem Pengantin Tangkap Muat menampilkan barisan pelakon seperti Siti Saleha, Raff Roslee, Nafiez Zaidi, Kimberly Chuah, Mas Anizan, Ezany Nizariff, Lydiawati, Halmey Hamdah, Hanan Hassan, Azlinda Rozali dan ramai lagi.

  • Siti Saleha sebagai Natasha
  • Raff Roslee sebagai Hzim
  • Kimberly Chuah sebagai Mazwin
  • Nafiez Zaidi sebagai Ariff
  • Ezany Nizarif sebagai Nasir
  • Mas Anizan sebagai Naimah
  • Lydiawati Saimon sebagai Hendon

Ianya mengisahkan tentang Arif dan Mazwin bertemu jodoh dalam keadaan mengejut apabila mereka dikahwinkan tanpa perancangan.

Mereka dijadikan pengantin ganti saat akhir kerana pengantin asal Harishah dan Natasha melarikan diri malam akad nikah. Meskipun saling tidak mengenali, hanya bertentang wajah semasa menyarung cincin, rasa cinta terus wujud antara mereka berdua.

Namun kebahagiaan mereka diuji dengan kemunculan Natasha dan Harishah yang kononnya ingin menuntut hak mereka, setelah kecewa dengan cinta hati masing-masing.

Telefilem Pengantin Tangkap Muat Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post