Telefilem Pontianak 100Kg Di Tonton

Telefilem Pontianak 100Kg Di Tonton

Saksikan telefilem original Pontianak 100Kg yang akan menemui penonton pada 5 April 2023, bersiaran mulai hari Rabu dan seterusnya yang mana ianya akan ditayangkan secara eksklusif di platform Tonton sama ada menerusi laman web atau aplikasi.

Telefilem dengan genre komedi seram ini merupakan terbitan syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd. dengan arahan daripada pengarah yang tidak asing lagi iaitu Shuhaimi Lua.

Sinopsis Telefilem Pontianak 100Kg

Telefilem Pontianak 100Kg menampilkan barisan pelakon seperti Aya Amiruddin, Wanns Ahmad, Mathni Razak, Mark Adam, Kazar Saisi, Ady Mohammad, Afifah Nasir dan ramai lagi.

  • Amy Amiruddin sebagai Melati/Pontianak
  • Mathni Razak sebagai Dharma
  • Kazar Saisi sebagai Pak Bayang
  • Mark Adam sebagai Salleh
  • Wanns Ahmad sebagai Malik
  • Ady Mohammad sebagai Jibam
  • Afifah Nasir sebagai Mewangi

Ianya mengisahkan tentang Melati iaitu gadis cantik yang suka makan. Melati didapati mati dalam keadaan dia sedang berlapar kerana ibunya menghabiskan makanan kegemarannya iaitu Telur Ikan Parang.

Melati berubah menjadi pontianak yang mengganggu penduduk kampung dengan memakan makanan yang mereka ada tanpa fikirkan orang lain. Apa yang mengejutkan, Melati menjadi pontianak seberat 100KG.

Penduduk kampung yang diketuai oleh Pak Bayang buntu dalam menyelesaikan isu ini. Manakan tidaknya, pemuda-pemuda kampung yang lain seperti Dharma, Salleh langusng tidak membantu. Mereka tidak menyumbangkan idea bagi permasalahan ini.

Pelbagai cara dan usaha telah dibuat bagi membendung masalah pontianak yang menghantui penduduk kampung tetapi masih tidak berjaya. Sehinggalah datang idea daripada Jibam yang mampu menyelesaikan masalah ini.

Walaupunbegitu, timbul pula konflik lain. Nak tahu apa masalah tersebut? Adakah idea yang dibawa oleh Jibam itu berkesan? Kena saksikan Pontianak 100Kg.

Telefilem Pontianak 100Kg Di Tonton

Telefilem Pontianak 100Kg Di Tonton

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post