Telefilem Pontianak Teng Teng Di TV9

Telefilem Pontianak Teng Teng Di TV9

Saksikan telefielm Pontianak Teng Teng yang akan menemui penonton pada 21 April 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan dengan nukilan skrip daripada Haslizawaty Hassan.

Sinopsis Telefilem Pontianak Teng Teng

Telefilem Pontianak Teng Teng menampilkan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Yus Jambu, Shah Tapaw, Amir Raja Lawak, Abdul Rahman, Mak Jah, Cik Puteh, Fendi Seman dan ramai lagi.

  • Rita Rudaini sebagai Indah
  • Yus Jambu sebagai Asmadi
  • Shah Tapaw sebagai Taib
  • Mak Jah sebagai Mak Esah
  • Amir Raja Lawak sebagai Wardi

Ianya mengisahkan tentang seorang janda jelita yang bernama Indah. Indah sering menjadi tarikan kerana susuk badannya yang cantik dan rupa parasnya yang menarik. Apatah lagi Indah gemar berpakaian kebaya.

Ramai pemuda kampung ingin mengambil kesempatan ke atas Indah untuk mendekatinya. Indah bekerja penoreh getah di kebun Pak Seman. Kehadirannya menjadi rebutan tiga sahabat baik Wardi, Asmadi dan Taib sehingga menjejaskan persahabatan mereka.

Namun, sejak kemunculan Indah, kampung tersebut menjadi gempar dengan kematian misteri jejaka-jejaka kampung. Saban minggu akan ada seorang jejaka kampung yang mati dan ditemani lakaran teng teng di sisinya.

Penduduk kampung tertanya-tanya siapakah dalangnya, namun Mak Esah, seorang wanita tua yang dianggap gila oleh penduduk kampung mengesyaki ianya ada kaitan dengan Indah. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Telefilem Pontianak Teng Teng Di TV9

Telefilem Pontianak Teng Teng Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post