Telefilem Quran Pondok Buruk Di Astro Ria

Telefilem Quran Pondok Buruk Di Astro Ria

Saksikan telefilem Quran Pondok Buruk yang akan menemui anda pada 21 April 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Jika anda masih ingat dengan naskah 'Pondok Buruk' yang pernah diterbitkan sekitar tahun 2002, yang mana ketika itu telefilem ini telah mencetuskan fenomena tersendiri dan kini mereka kembali sekali lagi.

Telefilem ini masih mengekalkan pengarah yang sama iaitu Rashid Sibir menerusi Opera Klasik Sdn. Bhd., serta barisan pelakon asal sebelum ini.

Sinopsis Telefilem Quran Pondok Buruk

Telefilem Quran Pondok Buruk menampilkan barisan pelakon seperti Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Raja Azura, Vanidah Imran, Dato' Jalaludin Hassan, Iman Zulkarnain dan ramai lagi.

  • Fauziah Nawi sebagai Mak Jah
  • Rosyam Nor sebagai Usop
  • Vanidah Imran sebagai Rina
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Johan
  • Iman Zulkarnain sebagai Alim
  • Raja Azura sebagai Som

Ianya merupakan kesinambungan daripada telefilem lagenda Pondok Buruk 1 dan 2, Quran Pondok Buruk mengisahkan tentang obsesi tiga adik-beradik yang derhaka, terdesak mahukan keampunan daripada ibu mereka yang telahpun meninggal dunia.

Usop yang pernah berdosa kini berusaha untuk menjadi lebih baik namun diuji dengan perpecahan dan keluarganya kini melakukan dosa-dosa yang lebih kurang sama seperti masa lampaunya.

Ujian berat ini menjadikan Usop hampir terkandas sehingga mengamuk dan membakar pondok buruk tempat dia bermunajat kerana marah pada tuhan.

Kejadian itu hampir meragut nyawa isterinya, Som dan kembali membuat Usop sedar yang dia perlu terus berusaha untuk menyatukan kembali keluarganya dan membantu anak-anaknya kembali ke jalan yang benar.

Telefilem Quran Pondok Buruk Di Astro Ria

Telefilem Quran Pondok Buruk Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post