Telefilem Sempurna Di TV3

Telefilem Sempurna Di TV3

Saksikan telefilem Sempurna yang akan menemui penonton pada 29 April 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang disiarkan pada hari raya kelapan ini merupaakn terbitan syarikat produksi Sha's Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ayie Mustafa dengan nukilan skrip daripada Lynnda Sharudin.

Sinopsis Telefilem Sempurna

Telefilem Sempurna menampilkan barisan pelakon seperti Siti Saleha, Redza Rosli, Sera Melissa, Doria Rachel Jolly, Jay Iswazir, Fadilah Mansor, Silfeny Osman, Kween Keela, Heidi Nur Aleesya, Kael Noah dan ramai lagi.

  • Siti Saleh sebagai Rossa
  • Redza Rosli sebagai Amsyar
  • Sara Melissa sebagai Rania
  • Fadilah Mansor sebagai Hjh Rahmah
  • Nural Baniah sebagai Ibu Rossa
  • Doria Rachel sebagai Amelia
  • Jay Iswazir sebagai Nabil
  • Kween Keela sebagai Safiya
  • Raja Azmi sebagai Puan Husna

Ianya mengisahkan tentang Rossa iaitu seorang wanita bekerjaya, sukses dalam rumahtangga dan didilihat sangat sempurna pada mata semua orang.

Mempunyai suami, Amsyar yang berkerja dalam O&G serta 3 orang anak yang comel. Mereka dilihat pasangan yang serasi, berjaya di usia muda dan menjadi idola kepada kebanyakan kawan-kawan mereka.

Kisah bermula apabila suatu hari bayi mereka, Aqief meninggal dunia akibat tersedak susu dan kejadian malang ini bukan berlaku di rumah pengasuh sebaliknya di rumah mereka sendiri ketika dalam jagaan Rossa.

Amsyar yang ketika itu berada di luar negara segera pulang dan merasa terkejut serta kesal. Amsyar seolah menyalahkan Rossa kerana lalai. Rossa berasa tertekan, sudahlah dia kehilangan anak, Amsyar pula seakan tidak bersamanya.

Ketika menjalani rawatan psikiatri barulah segala terbongkar. Doktor Nazri mengesan banyak kejanggalan dalam bicara Rossa. Adakah kehidupan Rossa benar-benar sempurna?

Telefilem Sempurna Di TV3

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post