Telefilem Senaskah Braille Di TV1

Telefilem Senaskah Braille Di TV1

Saksikan telefilem Senaskah Braille yang akan menemui penonton pada 8 April 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi MDAG Events & Productions, diarahkan oleh Khalid Sulaiman dengan nukilan skrip daripada Najmie Maziez Mazelan.

Sinopsis Telefilem Senaskah Braille

Telefilem Senaskah Braille menampilkan barisan pelakon seperti Aida Khalida, Danish Hazriq, Qistina Raisah, Hamidah Wahab, Zaidi Omar, Azri Iskandar, Izzat Hakimi, Ahmad Nizam, Yusof Hashim dan ramai lagi.

  • Aida Khalida sebagai Rahmah
  • Danish Hazriq sebagai Naufal
  • Qistina Raisah sebagai Maisarah
  • Zaidi Omar sebagai Hisyam
  • Hamidah Wahab sebagai Maimon
  • Azri Iskandar sebagai Pak Ali
  • Izzat Hakimi sebagai Idris

Ianya mengisahkan tentang ibu kepada Naufal yang buta akibat kemalangan di tempat kerja. Bulan Ramadan hampir tiba dan ibunya mengimpikan untuk membaca al-Quran, tetapi dia kini tidak dapat melihat.

Dengan tekad dan kesungguhan, Naufal secara senyap tanpa pengetahuan ibunya bertekad mengumpul wang bagi mendapatkan sebuah senaskah al-Quran Braille supaya ibunya dapat membaca al-Quran lagi selepas itu.

Dalam masa yang sama juga, Naufal teringin sekali bertemu ayahnya tidak pernah ditemui sejak kecil. Jadi berjayakah Naufal mencapat dua hajat besarnya tersebut?

Telefilem Senaskah Braille Di TV1

Telefilem Senaskah Braille Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post