Saksikan telefilem Telah Aku Halalkan yang akan menemui penonton pada 17 April 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Infusion Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hazali Ramli dengan nukilan skrip daripada Shah Rizal Mashur.
Sinopsis Telefilem Telah Aku Halalkan
Telefilem Telah Aku Halalkan menampilkan barisan pelakon seperti Ainina Ahmad B, Jay Iswazir, Wan Sharmila, Ewan Fauzi, Puteri Balqis, Aman Aziz, Umar Shakur, Cik Feeya dan ramai lagi.
- Ainina Ahmad B sebagai Mak Munah
- Jay Iswazir sebagai Kadir
- Wan Sharmila sebagai Maziah
- Puteri Balqis sebagai Mariam
- Ewan Fauzi sebagai Kamal
- Umar Shakur sebagai Ali
Ianya mengisahkan tentang Mak Munah iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak iaitu Kadir, Maziah, Mariam dan Kamal.
Anak-anaknya semuanya telah dewasa tetapi semuanya masih mengharapkan kudrat tuanya untuk memberi khidmat kepada anak-anaknya dengan pelbagai alasan.
Mak Munah berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam hidupnya dan berasa hati dengan apa yang telah dilakukan oleh anak-anak terhadap dirinya.
Kesudahannya dia memutuskan untuk menyerahkan keseluruhan hartanya kepada pihak Baitulmal setelah kematiannya. Namun masih adakah peluang bagi mereka menuntut keampunan daripada ibu tersayang?
Post a Comment