Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna THiJARI Secara Online

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna THiJARI Secara Online

Sekarang proses lebih senang untuk masukkan duit ke akaun Tabung Haji. Anda boleh transfer duit ke Tabung Haji menggunakan aplikasi THiJARI yang boleh dibuat secara online. Lebih mudah, pantas dan boleh buat dimana-mana sahaja.

Sekarang semua perkara dihujung jari sahaja. Kalau dulu biasa kalau kita nak simpan duit dalam Tabung Haji, kita kena pergi kaunter dan beratur. Tunggu giliran sehinggalah dipanggil. Jadi urusan ketika itu lambat dan mengambil masa.

Kini dengan teknologi, banyak perkara yang boleh dimudahkan termasuk untuk simpan dalam Tabung Haji. Anda boleh guna pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Paling penting, tiada kos atau caj tambahan pun dikenakan.

Urusan simpanan Tabung Haji anda kini lebih mudah dengan adanya aplikasi THiJARI. Tidak perlu beratur, tidak perlu pergi ke cawangan TH dan semua urusan boleh diselesaikan dalam beberapa minit sahaja.

Apa iTu THiJARI

THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan Tabung Haji yang telah beroperasi sejak 5 Februari 2020. Ia merupakan platform online yang disediakan oelh TH untuk memudahkan pendeposit TH membuat urusan seperti :

  1. Semakan Akaun
  2. Mencetak Penyata Akaun
  3. Pindahan Simpanan Wang
  4. Perkhidmatan Haji
  5. Penamaan & Hibah Amanah
  6. Agihah Potongan Gaji
  7. Kelab Taha

BACA : Cara Semak Baki Tabung Haji Menggunakan THiJARI

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan THiJARI

Untuk melayakkan menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu ada akaun Tabung Haji dan telah daftar THiJARI. Kalau belum, anda boleh berbuat demikian di laman web www.thijari.com.my dan klik daftar. Jika sudah, boleh ikuti langkah dibawah:

*Langkah ini menggunakan aplikasi THiJARI telefon bimbit

  1. Login seperti biasa menggunakan ID dan password yang telah ditetapkan di aplikasi THiJARI
  2. Pada halaman utama, klik 'Menu' pada bahagian kiri atas dan kemudian pilih 'Pindahan'
  3. Ada 4 pilihan, klik pada 'Pindahan - Bank ke Akaun TH'
  4. Disini anda perlu masukkan butiran yang diperlukan iaitu:
    1. Pilih akaun Tabung Haji
    2. Masukkan nilai yang anda ingin simpan dalam Tabung Haji anda
    3. Masukkan rujukan penerima. Tulis sahaja tujuan pemindahan
    4. Masukkan emel
  5. Jika sudah selesai semuanya, klik 'Berikutnya'
  6. Kemudian anda perlu semak segala butiran yang anda masukkan, pastinya ianya betul. Pada bahagian bank, pilih bank mana untuk anda pindahkan ke akaun TH anda. Sudah pilih, klik 'Teruskan'
  7. Kemudian buat pemindahan seperti biasa dengan menggunakan online banking yang anda pilih sebentar tadi sehingga selesai.

Jika sudah berjaya, anda akan menerima emel dan juga notifikasi pada pengakhiran proses. Proses pemindahan, berlaku serta merta. Anda tak perlu tunggu beberapa hari untuk duit masuk. Ianya terus pindah ke akaun Tabung Haji daripada akaun bank anda.

Untuk langkah bersama info bergambar, anda boleh tengok seperti dibawah:

1)  Login akaun Tabung Haji anda seperti biasa. Kemudian pergi Setting dan pilih Pindahan

cara transfer duit ke tabung haji secara online menggunakan thijari

2)  Pilih Pindahan- Bank ke Akaun TH. Kemudian masukkan jumlah, rujukan penerima dan emel. Akhir sekali klik pada Berikutnya.

cara transfer duit ke tabung haji secara online menggunakan thijari

3)  Sebelum proses transfer, pastikan semua butiran anda betul. Pilih bank yang anda ingin berurusan dan klik Teruskan.

cara transfer duit ke tabung haji secara online menggunakan thijari

4)  Buat pembayaran atau proses transfer seperti biasa mengikut step perbankan online anda. Akhir sekali, anda akan diberitahu tentang proses Pindahan Berjaya. Bolath muat turun dokumen proses pemindahan sebagai rujukan.

cara transfer duit ke tabung haji secara online menggunakan thijari

Proses dibuat serta-merta. Duit akan terus masuk ke akan Tabung Haji anda daripada akaun bank tersebut.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang ingin simpan atau transfer duit daripada akaun bank ke Tabung Haji secara online yang boleh dibuat menggunakan aplikasi THiJARI sahaja tanpa caj tambahan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna THiJARI Secara Online"