Drama Adnan Runner - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Adnan Runner di TV3

Saksikan drama terbaru Adnan Runner yang akan menemui penonton mulai 11 Mei 2023, bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama bersiri 13 episod ini bakal bersiaran bagi menggantikan drama Bintang yang telah tamat siaran pada 10 Mei yang lalu dan digantikan dengan cerita ini.

Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Azmi Hatta.

Sinopsis Drama Adnan Runner

Drama Adnan Runner menampilkan barisan pelakon seperti Imran Aqil, Bella Dowanna, Eleen Arisha, Wanns Ahmad, Elmy Moin, Kazar Saisi, Razdan Shamsudin dan ramai lagi.

  • Imran Aqil sebagai Adnan
  • Bella Dowanna sebagai Nadia
  • Wanns Ahmad sebagai Bobby
  • Eleen Arisha sebagai Wawa
  • Kazar Saisi sebagai Tuan Jenal
  • Elmy Moin sebagai Madi
  • Razdan Shamsudin sebagai Syakir

Ianya mengisahkan tentang Adnan bersama rakan serumahnya iaitu Bobby yang terpaksa dihentikan dan dibuang kerja ekoran syarikat tempat mereka bekerja henti operasi kerana krisis kewangan dan diisytiharkan muflis.

Sekarang sudah menjadi penganggur untuk beberapa bulan dan pastinya mencari pekerjaan baharu bukanlah perkara yang mudah. Ditambah pula dengan sindiran yang dilontarkan oleh Roy terhadap mereka sehingga hampir bergaduh.

Desakan dari kekasih masing-masing, Nadia dan Wawa, juga menambah lagi tekanan yang dialami oleh kedua-dua jejaka ini. Mereka telah berusaha untuk mencuba beberapa jenis pekerjaan. Namun, mereka telah gagal dalam kesemuanya dan telah dipecat dalam masa beberapa hari sahaja.

Tidak lama kemudian, Bobby mendapat inspirasi untuk bekerja sebagai ‘runner’ setelah membuat pesanan makanan melalui aplikasi penghantaran. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, Adnan dan Bobby yang sememangnya gemar menunggang motosikal telah memulakan kerja tersebut dengan hati yang terbuka.

Namun, tanpa mereka berdua sedari, mereka sebenarnya telah membantu proses penjualan dadah bagi suatu sindiket. Penglibatan mereka yang tidak disengajakan itu telah menyebabkan pelbagai masalah.

Adnan dan Bobby telah nekad untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi menumpaskan sindiket itu. Mampukah mereka menebus diri daripada mangsa tipu daya kepada hero keadaan?

Drama Adnan Runner di TV3

Drama Adnan Runner di TV3

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post