Drama Journal Sarahaeyo - Sinopsis Dan Tayangan Di Viu

Drama Journal Sarahaeyo Di Viu

Saksikan drama siri original terbaru Journal Sarahaeyo yang akan menemui penonton mulai 19 Mei 2023, bersiaran setiap hari Jumaat pada jam 6.00 petang secara eksklusif tayangan di platform www.viu.com atau aplikasi Viu.

Drama bersiri 6 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Msorange Solutions Sdn. Bhd. & Blimey Studio, diarahkan oleh Blimey dengan nukilan skrip bersama daripada Nadia Khan, Naziah Nawawie dan Chima Scarlett.

Sinopsis Drama Journal Sarahaeyo

Drama Journal Sarahaeyo menampilkan barisan pelakon seperti Arena Wan, Alisya Rashid, Aniq Suhair, Adriana Adnan, Alvin Chong, Andi Bernadee dan ramai lagi.

  • Arena Wan sebagai Sara
  • Alisya Rashid sebagai Layla
  • Aniq Suhair sebagai Rafael
  • Adriana Adnan sebagai Madam Jia
  • Alvin Chong sebagai Han
  • Andi Bernadee sebagai Saif

Ianya sebuah naskah yang akan membawa kita semua ke dalam kehidupan seorang peminat artis dari Korea Selatan, Kpop dan Kdrama tetapi mereka ini dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

Journal Sara-Haeyo mengisahkan tentang Sara iaitu seorang pelajar tahun akhir universiti yang juga merupakan seorang peminat setia kandungan K-Drama dan selebriti K-Pop.

Dia memiliki journal di mana dia menulis tentang harapan dan impiannya untuk pergi ke Korea Selatan dan mencari ‘Oppa’nya sendiri. Peluang Sara datang apabila mereka diberikan projek untuk merancang lawatan universiti ke Korea.

Sara melihat ini sebagai jalan untuk memenuhi impiannya, tetapi ianya tidak semudah yang difikirkan kerana dirinya sering dikecam kerana menjadi peminat K-Pop dan K- Drama.

Sering sahaja dia dipandang serong dan disindir oleh rakan sekuliahnya sendiri. Sara juga dibuli oleh pembuli siber sehingga dirinya dipermalukan di khalayak ramai. Sara di buli oleh satu akaun Twitter, @terpalingkorea yang mensasarkan peminat K-Pop.

Tiada siapa tahu siapa pemilik akaun Twitter itu yang akan menyerang dan membuli peminat K-Pop setiap minggu.

Walaupun menerima pelbagai cabaran dan halangan dalam merancang projek tahun akhirnya itu, Sara tetap tidak berputus asa dan kekal positif. Apatah lagi dia selalu mendapat sokongan daripada abangnya Saif , rakan baiknya Raf dan Layla.

Berjayakan Sara merilasasikan impiannya untuk bertemu oppanya di Korea? Nantikan kesudahannya dalam drama Journal Sara-Haeyo di Viu.

Drama Journal Sarahaeyo Di Viu

Drama Journal Sarahaeyo Di Viu

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post