Drama Scammer Geng Marhaban - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ria

Drama Scammer Geng Marhaban Di Astro Ria

Saksikan drama siri Gempak Original terbaru Scammer Geng Marhaban yang akan menemui penonton mulai 4 Mei 2023, bersiaran setiap hari Khamis pada jam 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Drama 8 episod yang mempertengahkan genre komedi heist ini merupakan terbitan syarikat produksi The Pongkes Sdn. Bhd., diarahkan oleh Waan Hafiz dengan nukilan skrip daripada Sham Hashim.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Scammer Geng Marbahan seperti Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Watie Sadali, Ozlynn, Didi Astillah, Raja Azura, Zahid AF dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amir Ahnaf sebagai Aidil
  • Lorenzo Irmann sebagai Adib
  • Qistina Khaled sebagai Maya
  • Watie Sadali sebagai Hjh. Quyah
  • Ozlynn Waty sebagai Mami Shery

Sinopsis Drama Scammer Geng Marhaban

Drama Scammer Geng Marhaban mengisahkan tentang dua beradik iaitu Aidil dan Adib yang mana mereka tidak sehaluan dan sering bertelagah antara satu sama lain.

Namun apabila ibu mereka Hajah Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka.

Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis.

Drama Scammer Geng Marhaban Di Astro Ria

Drama Scammer Geng Marhaban Di Astro Ria

Drama Scammer Geng Marhaban Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post