Filem Anwar The Untold Story Di Pawagam Mulai 18 Mei Ini

Filem Anwar The Untold Story Di Pawagam Mulai 18 Mei Ini

Saksikan filem biopik Anwar The Untold Story yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 18 Mei 2023 (Khamis) sehingga seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara penonton terawal bagi menyaksikannya.

🎫Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem ini digarap berdasarkan kisah sebenar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat daripada kabinet pada tahun 1998 sekali gus mencetuskan kebangkitan politik yang dikenali dengan gerakan 'reformasi'.

Naskah ini diterbitkan oleh syarikat produksi Bianglala Entertainment dari Indonesia, diarahkan oleh Viva Westi dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Filem Anwar The Untold Story menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Saskia Chadwick, Dewi Irawan, Piet Pagau, Felice Lovely Hidayat, Azzahra Annasera dan ramai lagi.

  • Farid Kamil sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
  • Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • Saskia Chadwick sebagai Nurul Izzah Anwar
  • Dewi Irawan sebgai Chen Yan (Ibu Anwar)
  • Piet Pagau sebagai Ibrahim (Bapa Anwar)
  • Felice Lovely Hidayat sebagai Nurul Iman Anwar
  • Azzahra Annasera sebagai Nurul Hana Anwar

Sinopsis Filem Anwar The Untold Story

Filem Anwar: The Untold Story mengisahkan tentang perjuangan dan jauh bangun Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik terutamanya melawan rasuah.

Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak tertentu.

Juga bagaimana beliau enggan menggunakan wang rakyat untuk mombailout syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit.

Ini kerana ketika itu, banyak syarikat di Malaysia yang terkesan dengan situasi Krisis Ekonomi Asia 1997. Demi melindungi Malaysia, tindakan tegas dan sama adil perlu dilaksanakan. 

Kerana itu dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal di dalam lokap gelap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Dari seorang menteri kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya meringkuk di dalam penjara.

Filem Anwar The Untold Story Di Pawagam Mulai 18 Mei Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post