Jadual Dan Keputusan Acara Lari Pecut 100M Sukan SEA 2023 Kemboja

Jadual Dan Keputusan Acara Lari Pecut 100M Sukan SEA 2023 Kemboja

Bermula pada Sabtu yang lalu telah bermula sukan Olahraga di Sukan SEA 2023 Kemboja yang mana dijadualkan bermula dari 6 hingga 12 Mei 2023 dan kesemua acara telah dan bakal berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo Sports Complex di Phnom Penh Kemboja.

Untuk edisi ke-32 kali ini bakal mempertandingkan 47 acara kesemuanya yang sekali gus menawarkan 47 pingat emas untuk kesemua atlet yang bertanding. Ianya adalah termasuk untuk kategori lelaki dan wanita.

Antara yang ditunggu-tunggu pastinya acara Lari 100 Meter. Selain daripada perebutan pingat emas, dengan kemenangan itu juga, sekali gus atlet tersebut digelar Raja Pecut Asia Tenggara untuk kategori lelaki dan Ratu Pecut Asia Tenggara untuk kategori wanita.

Penyandang juara untuk edisi sebelum ini, Hanoi 2021 iaitu Puipul Boonsan dari Thailand yang mana ketika itu mencatatkan catatan 10.44 saat sekali gus meraih pingat emas dan gelaran Raja Pecut Negara. Manakala atlet Filipina pula, Kayla Richardson memenangi pingat emas untuk kategori wanita sekali gus meriah gelaran Ratu Pecut Asia Tenggara.

Untuk rekod, Malaysia juga pernah memenangi acara ini iaitu pada edisi Kuala Lumpur 2017 dan Filipina 2019 masing-masing menerusi Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi. Adakah temasya Kemboja 2023 ini mereka berjaya merampas kembali pingat tersebut?

Atlet Malaysia Dalam Acara Lari Pecut 100M Sukan SEA 2023 Kemboja

Sepanjang berlangsungnya sukan Olahraga, pada 12 Mei 2023, hari Jumaat adalah hari dimana akan diadakan acara Lari 100M untuk kategori lelaki dan wanita iaitu bermula pada peringkat kelayakan dan sehingga final.

Kali ini, kita bakal dapat saksikan kembali kemunculan bekas Raja Pecut Asia Tenggara 2017 dan 2018 iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi dari kem Malaysia untuk sertai acara ini bagi kategori lelaki.

Manakala untuk kategori wanita, Malaysia menghantar pelari pecut wanita berpengalaman, Zaidatul Husniah Zulkifli bersama pelari Sabah iaitu Aishah Rofina Aling.

Jadual Dan Keputusan Acara Lari 100M Sukan SEA Kemboja 2023

Dalam tempoh sukan Olahraga ini berlangsung, orang ramai pastinya tertunggu-tunggu untuk acara Lari 100m. Kita semua ingin lihat adakah mereka mampu untuk pecut dengan berjaya pecah rekod sekali lagi meraih pingat atau sebaliknya.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan acara ini yang bakal ditayangkan di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Atau yang tidak berkesempatan untuk tonton di kaca tv, boleh live streaming menerusi portal rtmklik.rtm.gov.my dan aplikasi mudah ali.

Seperti yang dijadualkan, acara Lari 100m Lelaki akan berlangsung pada 12 Mei 2023, hari Jumaat, pukul 10.00 pagi waktu Malaysia bermula dengan Pusingan Pertama. Seterusnya final seperti yang dijadualkan pada belah petang jam 5.50 petang.

Manakala untuk kategori wanita Lari 100m, akan diadakan pada hari yang sama, jam 10.15 pagi iaitu untuk Pusingan Pertama. Untuk final, akan bermula pada jam 5.40 petang.

12 Mei 2023 (Jumaat)

[Lari 100m Lelaki]

  • Round 1 (Heat) - 10.00 AM
  • Final - 5.50 PM

(Keputusan)

  1. Soraoat Dapbang (THA) - 10.37
  2. Marc Brian Louis (SGP) - 10.39
  3. Muhammad Haiqal Hanafi (MAS) - 10.45s
  4. Khairul Hafiz Jantan (MAS) - 10.45s
  5. Ngoc Nghia Ngan (VIE) - 10.46s
  6. Joshua Hanwei Chua (SGP) - 10.78s
  7. Peng Sokong (CAM) - 10.80s

[Lari 100m Wanita]

  • Round 1 (Heat) - 10.15 AM
  • Final - 5.40 PM

(Keputusan)

  1. Veronica Shanti Pereita (SGP) - 11.41s
  2. Supanich Poolkerd (THA) - 11.58s
  3. Thi Nhi Yen Tran (VIE) - 11.75s
  4. Zaidatul Husniah Zulkifli (MAS) - 11.83s
  5. Du Y Hoang (VIE) - 11.85s
  6. Elizabeth-Ann Tan Shee Ru (SGP) - 11.96s
  7. Nur Aishah Rofina Aling (MAS) - 12.12s

PODIUM

[Lari 100m Lelaki]

Emas - Soraot Dapbang (THA)
Perak - Marc Brian Louis (SGP)
Gangsa - Muhammad Haiqal Hanafi (MAS) & Khairul Hafiz Jantan (MAS)

[Lari 100m Wanita]

Emas - Veronica Shanti Pereita (SGP)
Perak - Supanich Poolkerd (THA)
Gangsa - Thi Nhi Yen Tran (VIE)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post