Jadual Dan Keputusan Badminton Berpasukan Sukan SEA 2023 Kemboja

Jadual Dan Keputusan Badminton Berpasukan Sukan SEA 2023 Kemboja

Peminat sukan badminton pastinya tertunggu-tunggu untuk acara ini apabila sukan Badminton akan membuka tirai pertandingan pada 8 hingga 16 Mei 2023 dalam Sukan SEA Kemboja 2023 iaitu menerusi acara Berpasukan (Team Event) dan acara Individu (Individual Events).

Dalam tempoh ini juga, jika dilihat tiada apa-apa kejohanan badminton yang berlangsung kecuali Piala Sudirman 2023 dijadualkan bermula pada 14 Mei ini. Jadi peminat-peminat badminton terutamanya geng Badminton Lover boleh tumpukan untuk temaysa ini terlebih dahulu.

Acara Badminton Berpasukan Sukan SEA Kemboja 2023

Dalam sukan Badminton akan dipertaruhkan dua jenis acara utama iaitu Berpasukan dan Individu. Untuk acara Berpasukan akan ada 3 lagi acara iaitu Berpasukan Lelaki, Berpasukan Wanita dan Berpasukan Campuran. Kesemua acara akan berlangsung di Morodok Techno Badminton Hall.

Manakala untuk acara Individu ada Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran. Jadi setiap daripadanya akan ditawarkan satu pingat emas.

Jadi keseluruhan untuk acara Berpasukan akan dipertaruhkan 3 pingat emas. Manakala untuk acara Individu akan ada 5 pingat emas yang bakal direbut bagi setiap negara yang mengambil bahagian.

Acara Badminton Berpasukan termasuk Lelaki, Wanita dan Campuran dijadualkan berlangsung bermula 8 hingga 11 Mei 2023. Manakala acara Individu akan bermula selepas itu iaitu pada 12 hingga 16 Mei 2023.

Dari tiga acara Berpasukan, Malaysia hanya dibenarkan menyertai Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Wanita. Manakala untuk Berpasukan Campuran hanya disertai oleh negara tuan rumah bersama negara yang tidak menjadikan badminton sebagai sukan utama.

Kesemua 11 negara sertai bagi acara sukan Badminton Berpasukan ini. Berikut merupakan senarai penyertaan bagi setiap acara

  • Berpasukan Lelaki - Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, Malaysia, Kemboja (H)
  • Berpasukan Wanita - Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Kemboja (H), Thailand, Vietnam
  • Berpasukan Campuran - Kemboja (H), Myanmar, Brunei, Timor Leste, Laos

Senarai Pemain Dan Atlet Malaysia Dalam Acara Badminton Sukan SEA Kemboja 2023

Berikut merupakan senarai pemain dan atlet badminton Malaysia yang akan menggalas cabaran di SEA Games Cambodia 2023 termasuk bagi acara Berpasukan dan Individu. 20 pemain kesemuanya, masing-masing 10 lelaki dan 10 wanita yang diketuai oleh pemain senior Leong Jun Hao.

[Atlet Lelaki]

Leong Jun Hao, Kok Jing Hong, Ong Ken Yon, Lee Shun Yang, Rayner Beh Chun Meng, Goh Boon Zhe, Chia Weijie, Liew Xun, Yap Roy King dan Choong Hon Jian.

[Atlet Wanita]

Siti Nurshuhaini Azman, Tan Zhing Yi, Wong Ling Ching, Ong Xin Yee, Low Yeen Yuan, Valeree Siow, Lee Xin Jie, Cheng Su Hui, Cheng Su Yin dan Yap Ling.

Jadual Dan Keputusan acara Badminton Berpasukan Sukan SEA 2023

Jadi untuk peminat dan penyokong pasukan Malaysia, teruskan dengan sokongan anda tersebut kepada semua atlet dan pemain yang menwakil negara dalam temasya kali ini terutamanya untuk sukan badminton.

Anda boleh saksikan perlawanan badminton secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming di rtmklik.rtm.gov.my. Selain itu, boleh juga strim di beberapa pautan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam acara Badminton Berpasukan Sukan SEA Kemboja 2023 khusus bagi pasukan Malaysia.

[Berpasukan Lelaki]

Jadual acara Badminton Berpasukan Lelaki Sukan SEA 2023 Kemboja

Hanya tujuh negara yang menyertai acara ini. Kesemuanya akan bermula pada peringkat Suku Akhir dan ianya adalah format kalah mati.

8 Mei 2023 (Isnin)

  • Singapura (3) - (1) Filipina - 11.00 AM
  • Kemboja (0) - (3) Thailand - 1.30 PM

9 Mei 2023 (Selasa)

[MS1] Nguyen Hai Dang (VIE) vs (MAS) Leong Jun Hao - [14-21, 16-21]

[MD1] Dinh Hoang Nguyen/Dinh Manh Tran (VIE) vs (MAS) Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe - [19-21, 14-21]

[MS2] Le Duc Phat (VIE) vs (MAS) Lee Shun Yang - [21-13, 16-21, 21-7]

[MD2] Xuan Hung Nguyen/Van Hai Pham (VIE) vs (MAS) Chia Weijie/Liew Xun - [14-21, 18-21]

[MS3] Tien Tuan Nguyen (VIE) vs (MAS) Kok Jing Hong

------------------------------------------------

10 Mei 2023 (Rabu) - Separuh Akhir

  • Indonesia (3) - (1) Singapura - 1.30 PM
  • Thailand (1) - (3) Malaysia - 1.30 PM (live streaming - Link 1 | Link 2 | Link 3)

[MS1] Sitthikom Thammasin (THA) vs (MAS) Leong Jun Hao - [13-21, 21-18, 10-21]

[MD1] P. Sukphun/P. Teeraratsakul (THA) vs (MAS) Beh Chung Meng/Goh Boon Zhe - [16-21, 21-14, 15-21]

[MS2] Panitchaphon Teeraratsakul (THA) vs (MAS) Ong Ken Yon - [21-17, 21-15]

[MD2] R. Oupthong/N. Yordphaisong (THA) vs (MAS) Chia Weijie/Liew Xun - [21-16, 21-14]

[MS3] Saran Jamsri (THA) vs (MAS) Kok Jing Hong - [12-21, 13-21]

------------------------------------------------

11 Mei 2023 (Khamis) - Final

[MS1] Chico Dwi Wardoyo (INA) vs (MAS) Leong Jun Hao - [16-21, 13-21]

[MD1] Shohibul Fikri/Bagas Maulana (INA) vs (MAS) Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe - [21-12, 22-20]

[MS2] Christian Adinata (INA) vs (MAS) Lee Shun Yang - [21-17, 21-9]

[MD2] P Kusumawardana/Yacob Rambitan (INA) vs (MAS) Chia Weijie/Liew Xun - [13-21, 21-16, 21-16]

[MS2] Alwi Farhan (INA) vs (MAS) Kok Jing Hong

------------------------------------------------

[Berpasukan Wanita]

Jadual acara Badminton Berpasukan Wanita Sukan SEA 2023 Kemboja

Hanya tujuh negara yang menyertai acara ini. Kesemuanya akan bermula pada peringkat Suku Akhir dan ianya adalah format kalah mati.

8 Mei 2023 (Isnin)

  • Singapura (3) - (0) Vietnam - 11.00 AM
  • Filipina (3) - (0) Malaysia - 1.30 PM (live streaming - Link 1 | Link 2 | Link 3)

[WS1] De Guzman Mikaela Joy (PHI) vs (MAS) Tan Zhing Yi - [24-22, 21-18]

[WD1] A. Y. Leonardo/T. M. Pomar (PHI) vs (MAS) Low Yeen Yuan/Valeree Siow - [22-20, 19-21, 24-22]

[WS2] Maria Bianca Ysabel Carlos (PHI) vs (MAS) Siti Nurshuhaini - [21-16, 21-18]

[WD2] A. M. Albo/E. C. Inyalo (PHI) vs (MAS) Cheng Su Hui/Cheng Su Yin 

[WS3] Fuentespina Christel Rei (PHI) vs (MAS) Ong Xin Yee 

------------------------------------------------

9 Mei 2023 (Selasa)

  • Kemboja (0) - (3) Indonesia - 11.00 AM

10 Mei 2023 (Rabu) - Separuh Akhir

  • Thailand (3) - (1) Singapura - 11.00 AM
  • Filipina (0) - (3) Indonesia - 11.00AM

11 Mei 2023 (Khamis) - Final

  • Thailand (3) - (0) Indonesia - 11.00 AM

[Berpasukan Campuran]

Jadual acara Badminton Berpasukan Campuran Sukan SEA 2023 Kemboja

Hanya lima negara yang menyertai acara ini. Kesemuanya akan bermula pada peringkat Separuh Akhir dengan format kalah mati.

8 Mei 2023 (Isnin)

  • Kemboja (3) - (0) Timor Leste

9 Mei 2023 (Selasa) - Separuh Akhir

  • Myanmar (3) - (0) Brunei
  • Kemboja (3) - (2) Laos

10 Mei 2023 (Rabu) - Final

  • Myanmar (2) - (3) Kemboja

PODIUM

[Berpasukan Lelaki]

Emas - Indonesia
Perak - Malaysia
Gangsa - Thailand & Singapura

[Berpasukan Wanita]

Emas - Thailand
Perak - Indonesia
Gangsa - Singapura & Filipina

[Berpasukan Campuran]

Emas - Kemboja
Perak - Myanmar
Gangsa - Brunei & Laos

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post