Jadual Penuh Sukan SEA Kemboja 2023

Jadual Penuh Sukan SEA Kemboja 2023

Temasya Sukan SEA kini kembali apabila untuk untuk edisi-32 ini Kemboja telah dipilih sebagai tuan rumah, maka jadi lah Sukan SEA Kemboja 2023 atau SEA Games Cambodia 2023 yang mana akan berlangsung secara rasmi pada 5 hingga 17 Mei 2023 bermula dengan acara perasmian.

Acara dwi-tahunan ini buat kali pertama menjejakkan kaki ke Kemboja apabila buat julung kali menjadi tuan rumah kepada acara prestij untuk rantau Asia Tenggara sejak ianya berlangsung pada tahun 1963 yang lalu.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 11 buah negara dari Asia Tenggara yang mengambil bahagian iaitu Brunei, Kemboja, Timor Leste, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand serta Vietnam.

Kesemuanya akan bertanding dengan mengambil bahagian lebih 580 acara dalam 36 jenis sukan - 304 acara lelaki, 229 acara wanita dan 48 untuk acara campuran serta juga termasuk untuk sukan persembahan.

Acara permbukaan dijadualkan berlangsung di Phnom Penh pada Jumaat, 5 Mei tetapi untuk beberapa acara sukan telah pun berlangsung pada Sabtu, 29 April yang lalu termasuk sukan Catur, Hoki dan Bola Sepak. Manakala acara penutup adalah pada 17 Mei dimana tiada lagi acara berlangsung pada hari tersebut.

Tahun 2022 kita sudah malalui Sukan SEA Vietnam, tetapi kenapa tahun ini sekali lagi diadakan walaupun ianya acara dwi-tahunan? Ini kerana untuk edisi ke-31 sebenarnya diadakan pada tahun 2021. Akibat pandemik, ianya terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya.

Jadi demi meneruskan format dan tradisi tersebut, ianya perlu diadakan pada tahun 2023. Jadi untuk edisi ke-33 akan diteruskan untuk 2 tahun lagi dimana Thailand akan menjadi tuan rumah

Atlet Malaysia Dalam Acara Sukan SEA Kemboja 2023

Malaysia antara 11 negara yang akan beraksi dalam temasya kali ini. Kontinjen negara akan mengambil bahagian dalam 33 jenis sukan yang dipertandingkan dan 340 acara. Daripada itu, seramai 677 orang atlet terlibat iaitu 402 orang lelaki dan 275 orang wanita serta 251 orang pegawai.

Datuk Mohd Nasir Ali telah dilantik selaku Ketua Kontinjen Malaysia dan atlet Karate, En. Sharmendran Ragonathan telah ditugaskan sebagai Pembawa Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ketika Majlis Permbukaan Rasmi Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 pada 5 Mei 2023.

Terdahulu, Meneri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mengumumkan sasaran pingat untuk Kontinjen Negara iaitu 40 pingat emas, 37 pingat perak dan 64 pingat gangsa.

Siaran Langsung Acara Sukan SEA Kemboja 2023

Untuk Cambodia 2023 kali ini, hanya RTM yang mendapat hak penyiaran dan bakal menyiarkan beberapa perlawanan dan acara secara langsung iaitu menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Juga secara live streaming di rtmklik.rtm.gov.my.

Selain itu, boleh nantikan rangkuman harian menerusi Sorotan Sukan Sea Kemboja setiap hari di TV Okey pada pukul 10.00 malam setiap hari. Manakala di Astro Arena 801 pada jam 3.30 petang setiap hari daripada What's Up Kemboja.

Bagi acara yang tidak disiarkan di kaca tv, anda juga boleh live streaming melalui facebook rasmi Cambodia di @Cambodia 2023 atau di TVKchannel.

Jadual Setiap Acara Sukan SEA Kemboja 2023

Berikut merupakan senarai jadual dan tarikh berlangsung bagi setiap acara sukan yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Kemboja 2023

OLAHRAGA

  • Tarikh : 6 Mei & 8 - 12 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techno Sports Complex

AKUATIK

- [Terjun]

  • Tarikh : 8 - 12 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techno Sports Complex

- [Renang Sirip]

  • Tarikh : 12 - 14 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techno Sports Complex

- [Renang]

  • Tarikh : 6 - 11 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techno Sports Complex

- [Polo Air]

  • Tarikh : 12 - 16 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techno Sports Complex

BADMINTON

  • Tarikh : 8 - 16 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techno Sports Complex

BOLA KERANJANG

- [5x5]

  • Tarikh : 9 - 16 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techno Sports Complex

- [3x3]

  • Tarikh : 6 - 7 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techno Sports Complex

BILLIARDS

  • Tarikh : 7 - 14 Mei 2023
  • Venus : Nagaworld Aeon 2 Sen Sok

TINJU

  • Tarikh : 6 - 14 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

CATUR

- [Xiangqi]

  • Tarikh : 12 - 15 Mei 2023
  • Venue : Royal University of Phnom Penh

- [Ouk Chaktrang]

  • Tarikh : 29 April - 9 Mei 2023
  • Venue : Royal University of Phnom Penh

KRIKET

  • Tarikh : 29 April - 16 Mei 2023
  • Venue : AZ Group Cricket Oval

BERBASIKAL

- [Jalan Raya]

  • Tarikh : 11 - 13 Mei 2023
  • Venue : Angkor Wat, Siem Reap

- [Mountain Biking]

  • Tarikh : 6 - 8 Mei 2023
  • Venue : Mount Kulen, Siem Reap

SUKANTARIAN

  • Tarikh : 16 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

ESPORTS

  • Permainan : Attack Online 2, Crossfire, Valorant, Leagur of Legend: Wild Rift, PUBG Mobile, Mobile Legends)
  • Tarikh : 6 - 15 Mei 2023
  • Venue : Nagaworld Aeon 2 Sen Sok

LAWAN PEDANG

  • Tarikh : 11 - 16 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

FLOORBALL

  • Tarikh : 11 - 16 Mei 2023 
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

BOLA SEPAK

  • Tarikh : 29 April - 16 Mei 2023
  • Venue : Army Stadium, Prince Stadium, Smart RSN Stadium

GOLF

  • Tarikh : 8 - 13 Mei 2023
  • Venue : Garden City Golf Club

GIMNASTIK

- [Artistik]

  • Tarikh : 6 - 9 April 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

- [Aerobik]

  • Tarikh : 13 - 14 April 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

HOKI

- [Dalam Dewan/Indoor]

  • Tarikh : 1 - 7 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

- [Padang]

  • Tarikh : 9 - 16 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

JETSKI

  • Tarikh : 13 - 16 Mei 2023
  • Venue : Sihanoukville Boulevard

JUDO

  • Tarikh : 13 - 16 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

KARATE

  • Tarikh : 6 - 8 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

SENI PERTAHANKAN DIRI

- [Arnis]

  • Tarikh : 13 - 16 Mei 2023

- [ Jujitsu]

  • Tarikh : 4 - 7 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

- [Kickboxing]

  • Tarikh : 13 - 16 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

- [Kun Bokator]

  • Tarikh : 4 - 10 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

- [Kun Khmer]

  • Tarikh : 6 - 11 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

- [Vovinam]

  • Tarikh : 6 - 9 Mei 2023
  • Chroy Changvar Convention Centre

PERLUMBAAN BERHALANGAN (OBSTACLE RACE)

  • Tarikh : 3 - 7 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

PENCAK SILAT

  • Tarikh : 6 - 10 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

PETANQUE

  • Tarikh : 6 - 13 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

SUKAN LAYAR

  • Tarikh : 1 - 8 Mei 2023
  • Venue : Sihanoukville Boulevard

SEPAK TAKRAW

  • Tarikh : 6 - 16 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

PING PONG

  • Tarikh : 9 - 16 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

TENIS RINGAN (SOFT TENNIS)

  • Tarikh : 6 - 10 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

TAEKWANDO

  • Tarikh : 12 - 15 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

TENIS

  • Tarikh : 6 - 14 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

PERLUMBAAN BOT TRADISI

  • Tarikh : 13 - 14 Mei & 16 Mei 2023
  • Venue : Prek Kampot, Kampot

TRIATHLON/DUATHLON/AQUATHLON

  • Tarikh : 6 - 8 Mei 2023
  • Venue : Kep City Beach, Kep

BOLA TAMPAR

- [Dewan]

  • Tarikh : 3 - 14 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

- [Pantai]

  • Tarikh : 11 - 16 Mei 2023
  • Venue : Otres Beach, Sihanoukville

ANGKAT BERAT

  • Tarikh : 13 - 16 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

GUSTI

  • Tarikh : 14 - 16 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

WUSHU

  • Tarikh : 10 - 12 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

[Acara Demonstrasi]

TEQBALL

  • Tarikh : 6 - 8 Mei 2023
  • Venue : Federation of Youth Hall

Semoga maju jaya untuk semua atlet terutamnya kontinjen Malaysia untuk bawa pulang seberapa banyak pingat emas di pentas Sukan SEA Kemboja 2023

1/Post a Comment/Comments

  1. banyak juga sampai 340 acara, semoga target Malaysia untuk dapat 40 emas tu tercapai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post