Jadual Siaran Langsung Piala FA 2023 Suku Akhir

Jadual Siaran Langsung Piala FA 2023 Suku Akhir

Aksi Liga Super 2023 diberhentikan seketika bagi memberi laluan kepada saingan Piala FA 2023 untuk pusingan Suku Akhir yang mana ianya akan melibatkan empat perlawanan dengan lapan pasukan bakal berlangsung pada 27 dan 28 Mei 2023.

Jika sebelum ini kita sudah saksikan lapan perlawanan yang berlangsung dalam pusingan kedua atau pusingan 16 terbaik. Daripada itu, hanya lapan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya dan kesemuanya adalah daripada Liga Super 2023.

Lapan pasukan tersebut adalah JDT, Penang, Sabah, KL City, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Adakah penyandang juara JDT mampu untuk meneruskan saingan hingga ke final seperti pada tahun lalu atau terhenti pada pusingan ini?

Akan tetapi kita sudah saksikan bagaimana JDT yang sebelum ini mendominasi saingan liga untuk kesemua 12 perlawanan untuk pusingan pertama Liga Super tanpa apa-apa sebarang kekalahan mahukan keputusan seri. Ini pastinya akan diteruskan dalam saingan Piala FA.

Kali ini mereka akan bertemu Penang FC buat kali pertama sebelum mereka akan bertemu semula di saingan Liga Super bulan Jun depan. Terengganu pula akan melayan kunjungan Kelantan dengan menghadapi derby Pantai Timur buat kali kedua untuk musim kali ini.

Manakala Selangor akan bertandang ke Paroi bagi menghadapi Negeri Sembilan. Selain itu, Sabah akan bertemu KL City. Pasukan manakah yang akan berjaya ke pusingan Separuh Akhir Piala FA 2023 sekali gus lebih dekat untuk meraih piala yang berprestij ini nanti?

Siaran Langsung Piala FA 2023 Suku Akhir

Seperti pada pusingan sebelum ini dimana kesemua empat perlawanan ini yang diadakan pada 27 Mei (Sabtu) dan 28 Mei (Ahad) akan ditayangkan secara langsung di kaca tv. Tiada perlawanan yang terkecuali.

Anda boleh saksikan perlawanan-perlawanan ini yang akan disiarkan di saluran RTM menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Manakala di saluran Astro, boleh tonton di Astro Arena 801, Arena Bola 803 dan Arena Bola 2 804.

Untuk tonton secara live streaming boleh menggunakan aplikasi RTM Klik secara percuma atau di Astro Go khusus untuk pengguna Astro. Selain itu, turut disiarkan menerusi platform web sooka.my atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Suku Akhir Piala FA 2023

Untuk pusingan Suku Akhir Piala FA 2023, format perlawanan adalah sama seperti sebelum ini iaitu diadakan secara kalah mati dan tiada timbal balik. Jika tiada pemenang dalam tempoh waktu sebenar perlawanan, akan dilanjurkan ke masa tambahan dan sehinggalah ke penetuan sepakan penalti.

Berikut merupakan jadual penuh bagi setiap perlawanan Piala FA 2023 untuk pusingan Suku Akhir serta keputusan yang akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawan pada hari tersebut.

27 Mei 2023 (Sabtu)

FT : Terengganu (4) - (2) Kelantan
[5.00 Petang, CH803, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin]

FT : Negeri Sembilan (1) - (3) Selangor
[8.15 Malam, CH801, CH804, TV Okey, Sukan RTM, Stadium Tuanku Abdul Rahman]

28 Mei 2023 (Ahad)

Sabah vs KL City
[5.45 Petang, CH801, CH804, TV Okey, Sukan RTM, Stadium Likas]

JDT vs Penang
[8.15 Malam, CH803, Stadium Sultan Ibrahim]

Jadual Siaran Langsung Piala FA 2023 Suku Akhir

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post