Review Minuman Terbaru Buttercream Latte Daripada ZUS Coffee

Review Minuman Terbaru Buttercream Latte Daripada ZUS Coffee

Minggu ni viral di internet terutamanya di twitter bila ZUS Coffee ada mengeluarkan menu terbaru mereka iaitu Buttercream Latte yang kini sudah boleh anda dapatkan di semua cawangan seluruh Malaysia.

Buttercream Latte ni mungkin baru untuk ZUS Coffee tetapi sebenarnya ianya merupakan menu best seller daripada GIGI Coffee. Yes, kalau orang kata air apa yang best kalau nak minum situ, korang kena cuba Buttercream Latte.

Benda ni pun aku rasa start viral bila GIGI Coffee sendiri ada keluarkan poster yang memberi tahu 'We Inspired 🗲. Proud' dimana sebenarnya ianya merujuk kepada ZUS Coffee yang ketika itu mengeluarkan menu terbaru mereka iaitu Buttercream Latte.

Jadi sejak itulah, ramai yang berkongsikan pengalaman sendiri cuba air baru ni di ZUS Coffee. Mereka mula share di media sosial seperti twitter, instagram dan tiktok. Pelbagai riaksi yang boleh kita lihat bagaimana mereka review tentang rasa dan ada juga dibandingkan dengan GIGI Coffee.

BACA : Pertama Kali Cuba Buttercream Latte GIGI Coffee

Dan ramai sangat cuba, aku pun try sendiri menu baru Buttercream Latte ni di ZUS Coffee dan nak tahu sedap sangat ke jika dibandingkan dengan pencetus idea asal Buttercream Latte ni. Aku rasa dan review sendiri.

Review Menu Baru Buttercream Latte ZUS Coffee

Untuk menu Buttercream, sebenarnya ZUS Coffee ada keluarkan 2 variasi terbaru iaitu Buttercream Latte dan Buttercream Black dan kedua-duanya menawarkah harga yang sama iaitu RM10.90 sahaja. Hanya beza espresso dan americano sahaja.

Untuk info, anda boleh buat pembelian menerusi aplikasi ZUS Coffee dan boleh kumpul point. Jadi kalau first time nak cuba, daftar sini dan masukkan kod AIMO5KT.

Daripada keduanya, aku pilih Buttercream Latte dan aku nak bandingkan jenama mana yang menawarkan rasa yang lebih sedap dengan harga yang ditawarkan. Adakah Buttercream Latte daripada ZUS Coffee atau Buttercream Latte GIGI Coffee yang lagi sedap?

Aku review, rasa kopi unuk ZUS Coffee ni ada dan just nice sahaja. Tidak terlalu kuat. Mungkin sesuai juga untuk yang tidak minum kopi. Sebab rasa tak kuar sangat. Selain itu, rasanya tidak terlalu manis dan rasa buttercream tu tak kuar sangat. Tapi tetap ada rasa berlemak atau creamy.

Secara total, rasa Buttercream ZUS Coffee ni tidak terlalu manis dengan buttercream dan ada rasa kopi yang just nice. Jika dibandingkan dengan GIGI Coffee, rasanya lebih manis dengan buttercream tapi rasa kopi macam hampir takda.

Review Minuman Terbaru Buttercream Latte Daripada ZUS Coffee

Kalau nak buat perbandingan lagi, harga Buttercream Latte ZUS Coffee lagi murah berbanding GIGI Coffee iaitu RM12.00. Bukan itu sahaja, volum rasanya lagi banyak ZUS Coffee, sebab GIGI Coffee ni terlalu banyak ais yang diletakkan. Jadi air tu sikit je.

Kalau tanya aku dari segi keseluruhan tentang mana yang lagi sedap, aku akan pilih GIGI Coffee, sebab aku lagi suka rasa berlemak dan manis tu. Tapi kalau ikut berbaloi, ZUS Coffee lagi murah kot. Tambah pula aku beli guna tumbler ZUS Coffee, boleh dapat lagi diskaun 10%.

Boleh repeat lagi, sebab murah dan juga sedap juga sebenarnya. Jadi kalau korang nak tahu rasa sebenar, kena la cuba sendiri Buttercream Latte ZUS Coffee ni.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post