Review Filem Kelab Rojak Di Prime Video

Review Filem Kelab Rojak Di Prime Video

First time subscribe Prime Video then carilah cerita yang menarik. Tengok ada satu filem tempatan berjudul Kelab Rojak. Mula tengok sekejab je, last-last sampai tak perasan dah habis. Not bad juga untuk sebuah filem santai. Sudah mula ditayangkan sejak 4 Mei 2023.

Sebenarnya filem terbitan Redcomm ni dia tulis super-tele dan bukan filem. Entah la. Tapi sebab ada dalam katalog platform penstriman, aku anggap filem je la. Tak kisahlah, yang penting cerita kena menarik untuk disaksikan.

Kelab Rojak merupakan arahan Khairu Anwar dengan cerita asal dibuat oleh Suzanne Ong. Selain itu, naskah ini menampilkan barisan pelakon-pelakon muda seperti Ellya Keesha, Lion Chong, Sia Saara, Fatimah Noryyah, Steve Yap, Natasha Hudson dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Kelab Rojak

Filem Kelab Rojak mengisahkan tentang Alicia Wong yang merupakan seorang gadis yang menetap di Bangsar, Kuala Lumpur dan kini terpaksa berpindah ke Langkawi kerana urusan kerja ayahnya.

Disebabkan itu, budak KL terpaksa tukar sekolah ke tempat lain. Di sekolah baharunya, Alicia sepertinya tidak suka akan suasana di sana kerana banyak peraturan baru yang terpaksa dipatuhi sehinggakan ada yang tidak menyukainya.

Review Filem Kelab Rojak Di Prime Video

Perkembangan cerita bermula apabila Alicia telah menghilangkan gelang tangan turun-tumurun keluarganya. Bagi mengelakkan diketahui oleh ibunya, dia mula mencari duit dan akan membeli gelang yang baru secara online.

Caranya adalah membuka sebuah gerai menjual Rojak Buah yang dipanggil Kelab Rojak. Daripada situlah, dia mula berkawan, kenal orang ramai dan paling penting dapat menjana pendapatan sehingga cukup untuk menggantikan barang yang telah dihilangkan.

Review Filem Kelab Rojak

Secara jujurnya aku tak kenal pun mana-mana pelakon dalam cerita ini kecuali Natasha Hudson dan Louisa Chong. Yang lain tu sama ada muka baru atau pernah berlakon dalam cerita yang aku tak pernah tengok terutamanya pelakon utama Ellya Keesha.

Tapi lepas aku google sikit, baru tahu dia banyak buat iklan dan pernah join Disney Club. Patut speaking pun smooth je. Selain itu, aku tengok dia pun memang pandai dan minat menari macam dia bagi tahu dalam filem ini.

Sebab geng-geng Disney yang berlakon, cerita pun macam musical sikit sebab ada lagu dan nyanyian dalam cerita.

Review Filem Kelab Rojak Di Prime Video

Secara overall, Ellya Keesha sebagai Alicia ini sangat bagus. Comel pula tu. Dia boleh carry watak utama sampai tapau habis watak-watak lain. Lontaran dialog pun bersahaja. Memang nampak macam budak Bangsar masuk kampung la. Tapi tak terlalu over. Biasa-biasa je. Pelakon lain pun not bad.

Dia pandai berdialog, lenggok badan, sedih, marah, gelak ketawa semua on point. Aku harap Ellya ni kalau dah kerap berlakon lepas ni, jangan la ambil watak drama cinta pukul 7 tu. Cari cerita yang berkualiti sikit.

Untuk plot cerita ok la untuk sebuah filem santai. Dari tak kenal, jadi kawan rapat dan gaduh sekejab dan ending baik semula. Seperti sebuah typical movie persahabatan. Tapi jadi best sebab barisan pelakon yang baik.

Kalau benda-benda mengarut tu tolak tepi la. Tak jejas pun jalan cerita. Sebab nak jadikan cerita lebih santai, menarik dan pastinya happy ending. At the end, semua yang bergaduh dan ada konflik, menjadi baik dan semakin rapat terutamanya tentang persahabatan dan kasih sayang antara keluarga.

Bagi tahu berlakon di Langkawi tapi tak tunjuk pun keindahan Langkawi tu. Ada babak di sawah bendang, tapi macam tight sangat. Tak nampak view keseluruhan. Rugi kat situ lah. Kalau tidak ramai nak pergi Langkawi. Apa-apa overall cinematografi cantik. Sedap mata memandang.

Review Filem Kelab Rojak Di Prime Video

Sesuai untuk tontonan budak-budak remaja ni. Orang dewasa pun nak tengok sesuai je, sebab dia filem santai. Tak payah fikir pecah otak pun. Layan cerita, layan lagu. Nice.

Tapi nak tengok Kelab Rojak ni kena subcribe atau langgan Amazon Prime Video dengan harga RM25 sebulan. Nak lebih jimat, langgan guna telefon Android iaitu menerusi Google Play. Boleh dapat harga RM19.90 sebulan.


Rating Kelab Rojak : 7.5/10

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post