Siaran Langsung Live JDT vs Kelantan United Liga Super 2023

Siaran Langsung Live JDT vs Kelantan United Liga Super 2023

Liga Super 2023 kini kembali. Bermula dengan dua perlawanan terlebih dahulu pada minggu ini dan salah satunya adalah pertemua antara Johor Darul Ta'zim FC dan Kelantan United FC dimana ianya akan berlangsung pada 13 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Sebenarnya ini bukanlah permulaan minggu baru iaitu minggu kesebelasa tetapi ianya perlawanan minggu kesepuluh yang ditunda sebelum ini. Kalau anda perasan, pada minggu tersebut hanya ada enam perlawanan sahaja kecuali pertembungan kedua-dua pasukan ini.

Jadi pertemuan antara JDT vs Kelantan United ini adalah perlawanan yang ditunda dalam minggu kesepuluh sebelum ini beberapa masalah yang dihadapi oleh ketika itu. Jadi ianya ditunda untuk dua minggu sehingga sekarang.

Selain daripada layan kehangatan Sukan SEA 2023 di Kemboja, orang ramai juga boleh nikmati perlawanan liga bola sepak tempatan kita. Kali ini kita boleh tengok perlawanan sebenar yang bakal disajikan oleh pendahulu liga, JDT.

Selepas cuti rehat beberapa minggu, adakah para pemain bersedia untuk beraksi semula di Liga Super 2023? Adakah aksi yang bakal ditunjukkan pada perlawanan kali ini, sama hebat seperti waktu pada sembilan perlawan awal sebelum ini?

Buat kali pertama untuk musim ini, kita dapat saksikan perlawanan antara pendahulu liga, JDT bertemu pasukan tercorot liga iaitu Kelantan United. Jika lihat prestasi semasa beserta kedudukan carta bagi kedua-dua pasukan, ini pastinya memihak kepada pasukan tuan rumah, JDT.

JDT pastinya ingin memburu kemenangan kesepuluh berturut-turut dan menjadi satu-satunya pasukan yang belum keciciran mata baik tewas atau seri. Bukan itu sahaja, mereka pula hanya pernah bolos sekali sahaja, itu pun menerusi jaringan penalti.

Mungkin ramai yang simpulkan, adakah Kelantan United mampu untuk menjaringkan gol dan berapa pula bolos yang mereka bakal terima nanti? Bukan fikir, adakah JDT akan berkongsi mata atau tewas buat kali pertama. Tapi inilah bola sepak, segala perkara tidak mustahil. Mungkin ada sesuatu berlaku? Nantikan...

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Walaupun sibuk dengan Hari Raya serta Cambodia 2023, peminat dan penyokong tuan rumah yang berada di Johor pastinya perlu untuk turun beramai-ramai ke stadium bagi menghangatkan kembali sekali gus memberikan sokongan kepada para pemain.

Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket masuk yang mana kini sudah boleh dibeli secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Dapatkan segera sebelum tiket kehabisan dan mungkin terlepas untuk saksikan di stadium.

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Kelantan United

Tapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, jangan risau. Anda boleh saksikan aksi perlawann ini yang ditayangakn secara langsung menerusi saluran Astro Arena 803 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Sebagai alternatif bagi yang tidak mempunyai astro, anda masih boleh tonton perlawanan ini iaitu secara live streaming menerusi platform web sooka.my atau di aplikasi Sooka mudah alih. Hanya perlu langgan peka Liga Malaysia dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Kelantan United Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kelantan United FC untuk aksi Liga Super 2023 LS10 yang mana ianya akan berlangsung pada 13 Mei ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan pula, akan dikemaskini selepas habis dengan tiupan wisel pada malam tersebut. Disini akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta nama penjaring untuk pertembungan dua pasukan tersebut.

13 Mei 2023 (Sabtu)

FT : JDT (6) - (0) Kelantan United

  • Bergson da Silva 8', 61', 69' (P)
  • Fernando Forestieri 22', 90+2'
  • Leandro Velazquez 76' (P)

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post