Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Penang Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Penang Piala FA 2023

Piala FA 2023 pusingan Suku Akhir kini sudah memasuki hari kedua dan antara perlawanan yang bakal berlangsung hari ini adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Penang FC yang mana ianya diadakan pada 28 Mei 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Semalam kita sudah ketahui dua pasukan yang berjaya menempah slot ke Separuh Akhir iaitu Selangor dan Terengganu dimana mereka berjaya menewaskan pasukan lawan masing-masing dalam tempoh waktu sebenar perlawanan.

Kini akan ada lagi dua slot yang bakal dipenuhkan sama ada pasukan JDT atau Penang dan satu lagi antara Sabah atau KL City. Antara pasukan ini, manakah yang bakal meneruskan cabaran ke pusingan Separuh Akhir Piala FA 2023.

Penyandang juara, JDT telah memulakan saingan Piala FA dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan PDRM di pusingan 16 terbaik sebelum ini. Masih meneruskan rekod tanpa kalah yang mana ketika itu berjaya menjaringkan tiga gol kosong.

Untuk pasukan lawanya, Penang juga tidak berdepan masalah ketika di pusingan 16 terbaik sebelum ini apabila berjaya lolos selepas mengalahkan Kuching City dengan jaringan empat gol tanpa balas, sekali gus mara ke pusingan suku akhir.

Seperitnya situasi ini sama seperti JDT dan PDRM pada sebelum ini. Ketika itu, JDT buat kali pertama bertemu PDRM untuk musim 2023. Kemudian perlawanan liga bersambung, mereka bertemu sekali lagi yang kesudahannya kedua-duanya dimenangi oleh JDT.

JDT dan Penang juga masih belum bertemu dalam saingan liga. Jadi Piala FA adalah pertemuan mereka kali pertama musim ini dan pada minggu hadapan, mereka akan bertemu sekali lagi bagi menutup kempena Liga Super 2023 untuk pusingan pertama.

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu pasukan Selangor FC di pusingan Separuh Akhir. Selangor telah berjaya menewaskan Negeri Sembilan semalam dengan jaringan 3-1 ketika bermain di Paroi.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk penyokong-penyokong setia Harimau Selatan, jangan lupa tanggungjawab anda untuk datang dan penuhkan stadium bagi terus memberikan semangat kepada pasukan anda bagi meneruskan cabaran dalam saingan kali ini.

Datang beramai-ramai dengan dapatkan tiket masuk yang kini sudah mula dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Piala FA 2023 JDT vs Penang

Bagi yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna pek sukan Astro.

Bagi yang tidak mempunyai Astro, anda boleh live streaming menerusi platform web sooka.my atau aplikasi Sooka di telefon bimbit anda. Anda hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Penang Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Penang FC untuk aksi Liga Super 2023 Suku Akhir yang mana ianya akan berlangsung pada 28 Mei ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

Format kejohanan ini adalah saingan kalah mati dan tiada timbal balik. Sekiranya tiada pemenang dapat ditentukan dalam tempoh perlawanan sebenar, ianya akan dibawa ke masa tambahan dan sehinggalah ke penentuan sepakan penalti. Setelah tamat, barulah keputusan akan dikemaskini.

28 Mei 2023 (Ahad)

FT : JDT (5) - (0) Penang

  • Ousmane Fane 32' (OG)
  • Jordi Amat 38'
  • Arif Aiman 49' (P)
  • Corbin-Ong 58'
  • Syafiq Ahmad 90+2'

*JDT berjaya mara ke Separuh Akhir Piala FA 2023 bertemu Selangor

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post