Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Sri Pahang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Sri Pahang Liga Super 2023

Dari empat perlawanan yang berlangsung hari ini, ada satu perlawanan yang paling ditunggu-tunggu dalam aksi Liga Super minggu kedua belas kali ini iaitu pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Sri Pahang FC pada 24 Mei 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Kenapa ianya perlawanan yang ditunggu-tunggu? Ini kerana kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang tidak pernah tewas lagi dalam mana-mana perlawanan dalam saingan liga pada musim kali ini ketika bertemua lawan masing-masing.

Dalam sebelas perlawanan liga, JDT tidak pernah tewas dan tidak pernah seri. Ini bermakna mereka tidak pernah kecicaran mata. Manakala untuk Sri Pahang, mereka juga masih belum tewas dalam singan liga, tetapi pernah seri sebanyak empat kali dan pastinya sudah pun keciciran mata.

Kedua-duanya telah menunjukkan saingan yang begitu hebat sepanjang liga berlangsung. Walau bermain dimana-mana tempat, mereka masih belum tewas. Walau bertemu dengan pasukan bawahan atau atasan, masih tiada lagi pasukan yang mampu menewaskan mereka.

Jadi kini tiba untuk kedua-dua pasukan ini bertemu pula. Adakah rekod tanpa kalah itu lebur di SSI kali ini? Jika ya, pasukan manakah yang menerima nasib tersebut? JDT masih berada dalam level tersendiri. Manakala Sri Pahang masih menang tapi mendapat tentangan yang hebat daripada pasukan lawan.

Sebelum ini hebat diperkatakan, bukan lagi perkara utama untuk mengalahkan JDT, tetapi akan adakah pasukan yang mampu untuk menjaringkan gol ke gawang pasukan Harimau Selatan tersebut? Setakat ini, hanya satu gol sahaja yang dilepaskan, itupun menerusi sepakan penalti.

Adakah penyerang skuad Tok Gajah begitu gah sehingga berjaya menjaringkan gol? Atau Sri Pahang juga akan menjadi mangsa JDT sama seperti pasukan-pasukan lain yang tewas dengan jaringan gol yang besar baik di tempat sendiri mahupun di tempat lawan?

Jadi ini pastinya perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak ketika ini. Pastinya mata tertumpu untuk perlawanan ini. Ingin menyaksikan sebuah perlawanan epik yang mungkin berlangsung pada minggu terakhir pusingan pertama Liga Super 2023.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Dikatakan tiket masuk kini sudah banyak dan habis terjual. Jadi jangan tunggu lagi terutamanya bagi pasukan tuan rumah untuk dapatkan segera. Dengan adanya penyokong, pastinya akan lebih bersemangat untuk para bermain beraksi di atas padang.

Anda kini boleh dapatkan tiket masuk yang dijual secara online menerusi pautan www.tickethotline.com.my. Beli sebelum sold out.

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Sri Pahang

Jangan risau kepada yang tidak sempat ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini, kerana ianya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh menyaksikan perlawanan ini secara live streaming iaitu menerusi platform web https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023 dengan harga serendah RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Sri Pahang Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Sri Pahang FC untuk aksi Liga Super 2023 LS12 yang mana ianya akan berlangsung pada 24 Mei ini, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

Keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis atau tamat perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring yang terlibat untuk kedua-dua pasukan.

24 Mei 2023 (Rabu)

FT : JDT (2) - (0) Sri Pahang

  • Bergson da Silva 45+2'
  • Fernando Forestieri 74'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Stremaing : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post