Siaran Langsung Live Streaming Kedah vs Kelantan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kedah vs Kelantan Liga Super 2023

Perlawanan Liga Super 2023 minggu kesebelas diteruskan lagi untuk hari kedua dengan melibatkan tiga lagi perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Kedah Darul Aman FC dan Kelantan FC dimana ianya akan berlangsung pada 19 Mei 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Darul Aman di Alor Setar.

Ianya sebuah pertembungan antara golongan atasan liga bertemu pasukan bawahan yang masih struggle untuk mencari kemenangan untuk musim terbaru kali ini. Ditambah pula dengan beberapa isu yang terpalit kepada pasukan Pantai Timur tersebut.

Kedah pastinya ingin mencari kemenangan seterusnya selepas beberapa aksi sebelum ini menunjukkan mereka juga sedang mencari rentak kemenangan. Daripada liga perlawanan terakhir, mereka hanya menang dua kali dan telah tewas dua kali juga serta meriah keputusan seri sekali.

Selepas berehat panjang dalam tempoh Sukan SEA 2023 sebelum ini, skuad Hijau Kuning pastinya sudah dapat formula yang terbaik untuk mencari tiga mata, seterusnya dapat terus memberi tekanan kepada pasukan yang berada di puncak.

Berbeza dengan pasukan Kelantan. Dalam sepuluh perlawanan liga setakat ini, mereka hanya mampu peroleh 4 mata sahaja iaitu menerusi satu kemenangan dan satu keputusan seri. Selebihnya iaitu lapan perlawanan, mereka telah tewas kepada pasukan lawan.

Pastinya agak sukar kepada pasukan ini untuk bangkit bagi memperoleh mata dalam perlawanan-perlawanan selepas ini sekiranya mereka masih dibelenggu oleh isu dalaman yang sepertinya masih belum reda sehingga ke perlawanan ini.

Pastinya jika dilihat diatas kertas dan perbandingan kedudukan carta liga, perlawanan ini akan memihak kepada pasukan Kedah. Ditambah pula mereka akan bermain di halaman sendiri yang mana pastinya akan memberi kelebihan kepada mereka.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk semua penyokong dan peminat bola sepak terutamanya yang berada di Kedah dan sekitar Alor Setar, jangan lupa untuk turun beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sorakan dan semangat kepada para pemain dan pasukan kesayangan anda.

Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket yang boleh dibeli sama ada secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang boleh dibeli di kaunter stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Kelantan

Untuk yang tidak berkesempatan datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan antara Kedah dan Kelantan di kaca tv secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh live streaming iaitu menerusi platform web https://sooka.my/ atau menggunakan aplikasi mudah alih. Anda hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Kedah vs Kelantan Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Kedah Darul Aman FC vs Kelantan FC untuk aksi Liga Super 2023 LS11 yang mana ianya akan berlangsung pada 19 Mei ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Darul Aman dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam.

Selepas selesai dan tamat perlawanan pada malam tersebut, kami akan kemaskini pula untuk keputusan bagi perlawanan ini dengan dengan memaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring yang terlibat.

19 Mei 2023 (Jumaat)

FT : Kedah (5) - (0) Kelantan

  • Manuel Ott 16
  • Lee Tuck 28'
  • Manuel Hidalgo 47'
  • Willian Lira 60' (P)
  • Jonathan Balotelli 89'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post