Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs KL City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs KL City Liga Super 2023

Daripada tiga perlawanan yang berbaki dalam hari ketiga minggu kesebelas Liga Super 2023, akan berlangsung pertemuan antara Kelantan United FC dan Kuala Lumpur City FC dimana ianya akan diadakan pada 20 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Kedua-dua pasukan ini telahpun menghadapi perlawanan pembukaan selepas liga disambung semula apabila sebelum ini telah berehat untuk tempoh dua minggu bagi memberi ruang kepada temasya Sukan SEA 2023 Kemboja.

Jadi ianya bukan masalah kepada kedua-dua pasukan untuk mencari rentak permainan semula selepas berehat panjang walaupun kita sudah tahu masing-masing mempunyai nasib yang sama tapi kesan yang berbeza ketika perlawanan tersebut.

Kedua-duanya telah tewas kepada pasukan masing-masing, tetapi Kelantan United sepertinya lebih parah apabila dibelasah JDT sehingga 6 gol tanpa balas. KL City juga tewas tetapi tipis dengan jaringan 2 gol berbalas 1 jaringan.

Inilah masa yang sesuai untuk Kelantan United dan KL City bangkit bagi mencari semula rentak kemenangan. Kelantan United sehingga kini masih belum peroleh sebarang keputusan kemenangan selepas 10 perlawanan berlangsung.

Manakala KL City sebenarnya berada di landasan terbaik untuk berada di top 5 liga sebelum ini kerena dalam lima perlawanan terakhir, mereka sebenarnya telah meraih empat kemenangan sebelum tewas pada perlawanan lalu.

Jika dilihat daripada keputusan dan kedudukan semasa carta liga, ini pastinya berpihak kepada pasukan KL City. Tetapi tidak boleh dinafikan apabila menjadi pasukan tuan rumah, ianya mendapat sedikit kelebihan kerana baik di tempat sendiri.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk semua penyokong dan peminat bola sepak terutamanya bagi pasukan tuan rumah, jangan lupa untuk datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada para pemain untuk beraksi dengan baik di atas padang.

Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online iaitu menerusi pautan www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan United vs KL City

Untuk penonton yang berada di rumah, anda boleh saksikan pertembungan antara Kelantan United dan KL City ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Selain daripada itu, anda juga masih boleh menggunakan platform web sooka.my atau aplikasi Sooka di telefon bimbit untuk live streaming perlawanan ini. Sebab disiarkan di RTM, anda tidak perlu apa-apa langganan, boleh tengok secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Kelantan United vs KL City Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Kelantan United FC vs Kuala Lumpur City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS11 yang mana ianya akan berlangsung pada 20 Mei ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Untuk keputusan perlawanan, akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol untu kedua-dua pasukan beserta senarai penjaring yang terlibat sepanjang tempoh perlawanan.

20 Mei 2023 (Sabtu)

FT : Kelantan United (1) - (3) KL City

  • T. Saravanan 17'
  • Sean Giannelli 23'
  • Devid Silva 34' (P)
  • Paulo Josue 90+5' (P)

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhamamd Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post