Siaran langsung Live Streaming Kelantan vs PDRM Liga Super 2023

Siaran langsung Live Streaming Kelantan vs PDRM Liga Super 2023

Minggu kedua belas Liga Super 2023 akhirnya tiba dan pertemuan yang bakal berlangsung pada hari pertama ini adalah antaranya Kelantan FC dan PDRM FC yang mana ianya akan diadakan pada 23 Mei 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Ya, minggu kedua belas ini adalah minggu terakhir bagi setiap pasukan mengharungi pusingan pertama Liga Super 2023. Selepas ini, kesemuanya akan meneruskan cabaran untuk pusingan kedua dan akan bertemu kembali setiap pasukan sama sebelum ini.

Kedua-dua pasukan ini nampaknya kini berada dalam keadaan yang kurang stabil dari segi persembahan di atas padang. Manakan tidak, daripada kelima-lima perlawanan terakhir, mereka telah tewas kesemunya kepada pasukan masing-masing.

Setakat 11 perlawanan, Kelantan hanya pernah menang sekali sahaja dan telah tewas sebanyak sembilan kali. Manakala PDRM sudah meriah 3 kali kemenangan dan telah tewas sebanyak enam kali. Kelantan berada di tangga ke-13 dan PDRM kini berada di tangga ke-10.

Jika dilihat daripada segi keseluruhan statistik beserta keduduakan liga, perlawanan ini semestinya berkelebihan kepada PDRM. Tetapi pertemuan ini akan berlangsung di Kota Bharu iaitu home kadap pasukan Kelantan.

Ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Umum juga mengetahui, penyokong Kelantan setia berada di belakang pasukan walaupun pasukannya terlapit dengan pelbagai masalah dalaman yang tidak pernah selesai.

Adakah pertemuan ini bakal memberikan kemenangan kedua untuk Kelantan, atau ianya kemenangan keempat untuk PDRM. Selain itu, mungkin juga kedua-duanya akan berkongsi mata sehingga saat tiupan wisel dibunyikkan.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi penyokong-penyokong Kelantan terutamanya yang berada di Kota Bharu, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Bagi memberikan tonik tambahan kepada pemain-pemain yang beraksi.

Dapatkan sekarang tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan vs PDRM

Sama seperti aksi Liga Super yang lain, perlawanan ini turut juga disiarkan secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Selain itu, jika tiada Astro, anda boleh live streaming menerusi platform web https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan Liga Malaysia 2023.

Jadual Dan Keputusan Kelantan vs PDRM Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Kelantan FC vs PDRM FC untuk aksi Liga Super 2023 LS12 yang mana ianya akan berlangsung pada 23 Mei ini, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan, hanya akan dikemaskini selepas habis atau tamat perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring bagi kedua-dua pasukan.

23 Mei 2023 (Selasa)

FT : Kelantan (1) - (4) PDRM

  • Marcus Macauley 15'
  • Nabil Ahmad Latpi 33'
  • Uche Agba 65'
  • Bruno Suzuki 90' (P)
  • Miguel Cifuentes 90+4'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming - Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post