Siaran Langsung Live Streaming Kuching City vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kuching City vs JDT Liga Super 2023

Liga Super 2023 bagi minggu kesebelas diteruskan lagi untuk hari kedua dan kali ini salah satu perlawanan akan mempertemukan antara Kuching City FC dan Johor Darul Ta'zim FC dimana ianya akan berlangsung pada 19 Mei 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Negeri di Kuching.

Tidak boleh disangkal lagi, jika perlawanan yang melibatkan pasukan JDT, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk menyaksikannya. Pasti tidak sabar-sabar untuk menonton setiap aksi yang ditonjolkan oleh setiap pemain dalam pasukan.

Sebelum ini kita dah saksikan bagaimana pasukan tercorot Kelantan United dibelasah sehingga enam gol tanpa balas. Kali ini bakal saksikan satu lagi pasukan yang berada di kedudukan bawah bagi berdepan dengan pendahulu liga tersebut.

Dalam sepuluh perlawanan awal ini, kita dapat lihat Kuching City hanya berjaya kecapi sekali sahaja kemenangan dan sekali dengan keputusan seri. Hanya mampu peroleh 4 mata sahaja dan pastinya ini menggusarkan seluruh ahli pasukan terutamanya ketika berdepan JDT.

Kita tahu juga bagaimana persembahan yang ditonjolkan oleh juara sembilan kali Liga Super itu dalam musim kali ini. Perfect 10! Itulah yang mereka kecapi dalam musim kali ini. Tidak pernah keciciran mata walaupun sekali dan paling menarik hanya bolos sekali sahaja.

Setiap minggu pula, peminat bola sepak bukan tertanya-tanya adakah JDT mampu ditewaskan, tetapi mereka tertanya-tanya adakah pasukan lawan mampu untuk menjaringkan gol ketika berdepan dengan pasukan tersebut.

Sehingga perlawanan kesepuluh, JDT sepertinya masih belum goyah ketika bertemu mana-mana pasukan baik golongan atas, pertengahan atau pasukan yang berada di zon bawahan. Mereka tetap terus bermain dengan intensiti tinggi sekali gus menjaringkan gol dengan jumlah yang besar.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk semua penyokong Kuching City terutamanya yang berada di sekitar Kuching, jangan lupa untuk datang dan saksikan pertembungan kedua-dua pasukan. Inilah masa untuk saksikan aksi sebenar bola sepak secara live di depan mata.

Oleh itu, boleh mula dapatkan sekarang tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs JDT

Jangan risau untuk mereka yang tidak dapat hadir ke stadium, kerana perlawanan antara Kuching City dan JDT ini turut disiarkan di kaca tv menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Untuk yang sudah biasa menggunakan Sooka, anda juga boleh gunakan platform tersebut secara percuma untuk saksikan perlawanan ini secara live streaming. Tidak perlu kepada apa-apa langganan untuk menyaksikannya.

Jadual Dan Keputusan Kuching City vs JDT Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kuching City FC vs Johor Darul Ta'zim FC untuk aksi Liga Super 2023 LS11 yang mana ianya akan berlangsung pada 19 Mei 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Negeri dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini, hanya akan dikemaskini selepas tamat 90 minit pada malam tersebut. Akan dipaparkan jumlah jaringan bersama senarai penjaring bagi kedua-dua pasukan.

19 Mei 2023 (Jumaat)

FT : Kuching City (0) - (4) JDT

  • Fernando Forestieri 4', 36'
  • Bergson da Silva 70'
  • Juan Muniz 73'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri, Kuching
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post