Siaran Langsung Live Streaming Negeri Sembilan vs Kelantan United Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Negeri Sembilan vs Kelantan United Liga Super 2023

Dari tiga perlawanan yang berlangsung untuk hari pertama minggu kedua belas Liga Super 2023 ini adalah melibatkan pasukan Negeri Sembilan FC dan Kelantan United FC dimana ianya akan berlangsung pada 23 Mei 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Ini merupakan perlawanan terakhir untuk pusingan pertama Liga Super 2023 dan seterusnya akan memasuki pusingan kedua yang mana setiap pasukan akan bertemu kembali sekali lagi sehinggalah pada penghujung musim kelak.

Negeri Sembilan telah memberikan persembahan yang terbaik dalam dua perlawanan sebelum ini apabila memenangi kesemuanya. Pasukan bawahan telah mereka tewas dan pasukan yang lebih atas juga berjaya ditumbangkan ketika itu.

Berbeza dengan Kelantan United apabila terus menerima nasib yang sama. Sepanjang sebelas perlawanan sebelum ini, mereka telas tewas sebanyak sembilan kali dan hanya berjaya peroleh 2 mata sahaja iaitu menerusi keputusan seri sebanyak dua kali.

Bukan itu sahaja, ianya menjadikan Kelantan United satu-satunya pasukan atau kelab dalam Liga Super ketika ini yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan. Ini perlawanan terakhir untuk pusingan pertama dan adakah nasib sama akan terus berulang?

Jika dilihat dari keadaan dan prestasi semasa, pastinya berkelebihan kepada Negeri Sembilan selaku tuan rumah. Bermain di hadapan penyokong sendiri. Kemudian kedudukan carta juga memberi kelebihan apabila berada di tempat ke-7 berbanding di tempat tercorot.

Adakah Kelantan United dapat berbuat sesuatu dalam perlawanan kali ini? Adakah mereka akhirnya mampu untuk mengutip mata maksimum dalam satu perlawanan? Adakah ini merupakan permulaan kepada kebangkitan pasukan tersebut? Nantikan...

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Kepada semua penyokong Negeri Sembilan terutamanya yang berada di Paroi, jangan lupa untuk datang ke stadium beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini boleh dibeli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs Kelantan United

Untuk penonton yang menyaksikan secara langsung di kaca tv, anda boleh saksikan perlawanan ini menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna dan pelanggan pek Sukan Astro.

Sebagai alternatif kepada Astro, anda boleh live streaming menerusi platform web https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia dengan harga bermula RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs Kelantan United Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Negeri Sembilan FC vs Kelantan United FC untuk aksi Liga Super 2023 LS12 dimana ianya akan berlangsung pada 23 Mei ini, hari Selasa bertempat di Stadium Tuan Abdul Rahman pada pukul 9.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol berserta senarai penjaring bagi kedua-dua pasukan.

23 Mei 2023 (Selasa)

FT : Negeri Sembilan (3) - (3) Kelantan United

  • Oj Poreteria 14'
  • Syazwan Zainon 32'
  • Shahrel Fikri 36'
  • Hafiz Ramdan 71'
  • Indra Putra 80' (P)
  • Filemon Anyie 90+5'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post