Siaran Langsung Live Streaming Negeri Sembilan vs KL City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Negeri Sembilan vs KL City Liga Super 2023

Perlawanan kedua yang berlangsung pada minggu ini adalah pertemuan antara Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC yang mana ianya akan diadakan pada 14 Mei 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Perlawanan ini diadakan semula ekoran cuaca buruk yang melanda pada pertemuan mereka pada 11 Mac yang lalu. Ketika itu, kesemuan perlawanan sudah memasuki minggu keempat (LS4) termasuk pertemuan kedua-dua pasukan ini.

Disebabkan cuaca buruk ketika itu, perlawann ini ditangguhkan sehingga cuaca kembali reda. Tetapi ternyata hujan tidak berhenti dan pihak pengurusan MFL ketika itu membuat keputusan untuk menunda perlawanan tersebut dan bermain pada bulan Mei.

Jika mengikut prestasi semasa, pasukan tuan rumah Negeri Sembilan seperti yang masih terumbanga-ambing dengan keputusan yang diperoleh. Daripada lima perlawanan terakhir, mereka hanya menang sekali sahaja dan telah tewas serta seri masing-masing sebanyak dua kali.

Berbeza dengan pasukan pelawat, KL City apabila sudah meraih empat kemenangan berturut-turut sebelum ini. Sepertinya mereka sudah bersedia untuk menghadapi satu lagi pasukan pada minggu ini sekali gus melebarkan sayap kemenangan.

Kita sudah tengok, hampir dua minggu perlawanan Liga Super 2023 terpaksa berhenti bagi memberi ruang kepada Sukan SEA 2023. Adakah dalam tempoh ini, akan merencatkan momentum yang diperoleh KL City atau adakah ianya memberikan masa yang cukup untuk Negeri Sembilan bangkit.

Jika dilihat daripada kelebihan pastinya berpihak kepada Negeri Sembilan. Mereka bermain di tempat sendiri dan dihadapan penyokong sendiri. Sedikit sebanyak akan memberikan tonik tambahan kepada barisan pemain yang beraksi di atas padang.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Buat penonton yang telah membeli tiket ketika minggu keempat lalu (LS4), jangan risau. Anda hanya perlu tunjukkan bukti pembelian tiket sahaja untuk memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan tertunda kali ini.

Manakala yang tiada lagi tiket, boleh mula dapatkan sama ada boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs KL City

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini yang mana ianya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Selain itu, anda juga boleh live streaming menerusi platform web sooka.my atau menggunakan aplikasi mudah alih. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs KL City Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Negeri Sembilan FC vs Kuala Lumpur City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS4 tertunda yang mana ianya akan berlangsung pada 14 Mei ini, hari Ahad bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan pula, ianya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut. Disini akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta nama penjaring bagi kedua-dua pasukan.

14 Mei 2023 (Ahad)

FT : Negeri Sembilan (2) - (1) KL City

  • Zaquan Adha 73'
  • Zhafri Yahya 84'
  • Safuwan Baharudin 87'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post