Siaran Langsung Live Streaming Negeri Sembilan vs Selangor Piala FA 2023 Suku Akhir

Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Selangor Live Streaming Piala FA 2023 Suku Akhir

Piala FA 2023 kini sudah memasuki pusingan Suku Akhir yang mana antara perlawanan terlibat adalah pertemuan antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC dan ianya bakal bersiaran pada 27 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Tuanku Abdul Ramand di Paroi.

Untuk pusingan Suku Akhir ini ianya melibatkan 8 pasukan terbaik. Kesemua adalah daripada Liga Super, selain pasukan ini, juga ada Sabah, KL City, JDT, Penang, Terengganu dan Kelantan. Pasukan manakah yang akan berjaya mara ke peringkat yang lebih jauh selepas ini?

Negeri Sembilan bermula dalam saingan Piala FA 2023 di pusingan 16 terbaik dan ketika itu mereka bertemua PIB Shah Alam. Mereka tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pasukan amatur daripada Liga M3 ketika itu dengan jaringan dua gol kosong.

Manakala Selangor terpaksa melayan kunjungan pasukan Liga Super di pusingan 16 terbaik ketika itu iaitu Sri Pahang FC. Walaubagaimanapaun, mereka berjaya menghadapinya dengan bergaya apabila menumpaskan pasukan tersebut dengan jaringan empat gol tanpa balas.

Negeri Sembilan mungkin mendapat laluan yang mudah ketika di pusingan 16 terbaik berbanding Sri Pahang. Dengan pertemuan ini, pastinya akan menguji prestasi sebenar ketika bertemua pasukan daripada Liga Super.

Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan untuk musim 2023 yang mana kali pertama mereka bertemu adalah pada saingan Liga Super pada April yang lalu. Dalam perlawanan tersebut, Selangor telah peroleh kemenangan dramatik di saat-saat akhir dengan jaringan 2 gol berbalas 1.

Ketika itu, Selangor yang menjadi tuan rumah. Kali ini Negeri Sembilan telah diundi untuk menerima kunjungan pasukan lawan dan pastinya mereka tidak akan mempersiakan kelebihan yang diperoleh ini untuk membalas dendam sekali gus berjaya ke pusingan seterusnya.

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu antara penyandang juara, JDT atau Penang di pusingan Separuh Akhir. Pertembungan pasukan tersebut akan berlangsung pada hari berikutnya iaitu pada 28 Mei 2023, bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jika pada pertemuan pertama sebelum ini, stadium dipenuhi dengan penyokong Selangor dan kali ini giliran penyokong Negeri Sembilan pula. Mereka pastinya inginkan keputusan yang baik iaitu peroleh kemenangan untuk pasukan kesayangan mereka.

Jadi datang beramai-ramai ke stadium dengan dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Negeri Sembilan vs Selangor

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi kedua-dua saluran iaitu di Astro dan RTM. Di Astro, akan disiarkan menerusi Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 2 804 serta tayangan secara online di Astro Go.

Manakala di saluran RTM, orang ramai boleh tonton di TV Okey dan Sukan RTM. Tayangan secara online seperti biasa di aplikasi RTM Klik atau laman web rtmklik.rtm.gov.my. Boleh tonton secara percuma.

Anda juga boleh menggunakan platform web sooka.my atau aplikasi Sooka di telefon bimbit anda untuk live streming perlawanan ini. Juga ditawarkan secara percuma kerana disiarkan di RTM dan Astro Arena.

Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs Selangor Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Negeri Sembilan FC vs Selangor FC untuk aksi Liga Super 2023 Suku Akhir yang mana ianya akan berlangsung pada 27 Mei ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Perlawanan ini adalah format kalah mati dan tiada timbal balik. Jadi sekiranya tiada pemenang dapat ditentukan dalam tempoh perlawanan sebenar, ianya akan dibawa ke masa tambahan dan sehinggalah ke penentuan sepakan penalti. Keputusan pula akan dikemaskini selepas tamat perlawanan.

27 Mei 2023 (Sabtu)

FT : Negeri Sembilan (1) - (3) Selangor

  • Safuwan Baharudin 1'
  • Mukhairi Ajmal 3'
  • Yohandry Orozco 60', 87'

*Selangor berjaya ke pusingan Separuh Akhir Piala FA 2023

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 2 804, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post