Siaran Langsung Live Streaming PDRM vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming PDRM vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Pada hari pertama untuk minggu keselebelas ini hanya melibatkan satu perlawanan Liga Super 2023 sahaja iaitu pertemuan antara PDRM FC dan Negeri Sembilan FC dimana ianya akan berlangsung pada 18 Mei 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Selepas berehat lebih dua minggu bagi memberi laluan kepada Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini, Liga Super 2023 kini bersambung semula untuk perlawanan minggu kesebelas dan kali ini melibatkan semua 14 pasukan dengan 7 perlawanan.

Pertemuan antara PDRM dan Negeri Sembilan akan membuka tirai perlawanan untuk minggu ini diikuti dengan berlangsung pada 19 dan 20 Mei berikutnya untuk baki enam pertemuan lagi. Hampir separuh perjalanan untuk saingan liga kali ini.

PDRM nampaknya seperti sudah hilang arah untuk lima perlawanan sebelum ini. Manakan tidak, daripadanya hanya satu sahaja kemenangan, manakala empat selebihnya semua tewas kepada pasukan lawan baik menentang di home atau away.

Mungkin dengan rehat yang cukup sebelum ini, PDRM mampu kembalikan persembahan yang terbaik seperti yang ditunjukkan ketika menumbangkan Kedah pada awal musim yang lalu. Tapi kena ingat, pihak lawan baru sahaja bangkit daripada kekalahan.

Negeri Sembilan pastinya akan bawakan rentak kemenangan yang mereka peroleh pada perlawanan sebelum ini ketika bertemu PDRM nanti. Selepas berehat, mereka sepertinya menemui rentak dan sekali gus telah memberikan persembahan yang terbaik sekali gus mampu menewasakn pasukan yang lebih tinggi kedudukan dalam liga.

Tapi adakah, mereka mampu mempertahankan kesungguhan tersebut ketika bermain away ketika bertemu PDRM selepas ini? PDRM pastinya akan memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri bagi memperoleh kemenangan kali keempat selepas ini.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk semua penyokong The Cops terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang, jangan lupa untuk turun beramai-ramai bagi memberikan semangat dan sokongan yang padu kepada para pemain dan pasukan kesayangan anda.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini anda sudah boleh beli sama ada secara online di pautan www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang boleh dibeli di perkarangan stadium bermula pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs Negeri Sembilan

Bagi penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan antara PDRM dan Negeri Sembilan ini menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my secara percuma khusus untuk pelanggan sports Astro.

Sebagai alternatif, anda boleh strim perlawanan ini secara live streaming menerusi platform web https://sooka.my/ atau menggunakan aplikasi mudah ali. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan PDRM vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara PDRM FC vs Negeri Sembilan FC untuk aksi Liga Super 2023 LS11 yang mana ianya akan berlangsung pada 18 Mei ini, hari Khamis bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Disini akan dipaparkan jaringan gol beserta nama penjaring bagi kedua-dua pasukan.

18 Mei 2023 (Khamis)

FT : PDRM (1) - (2) Negeri Sembilan

  • Shahrel Fikri 41'
  • Amirul Wa'le Yaacob 90'
  • A. Selvan 90+4'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post