Siaran Langsung Live Streaming Perak vs Selangor Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Perak vs Selangor Liga Super 2023

Untuk hari terakhir, minggu kesebelas Liga Super 2023, akan berlangsung tiga lagi perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Perak FC dan Selangor FC dimana ianya akan berlangsung pada 20 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Perak di Ipoh.

Ini menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini dan pastinya ramai yang tertunggu-tunggu bagi menyaksikan 'El Classico' Malaysia antara kedua-dua pasukan. Sudah menjadi antara perlawanan yang menarik bakal disaksikan jika mereka bertemu dalam perlawanan kompetitif.

Perak nampaknya sebelum cuti rehat Sukan SEA Kemboja 2023 sebelum ini telah mencatatkan kemenangan kedua mereka sejak siangan liga bermula pada awal Februari yang lalu. Ini pastinya menjadi tonik terbaik ketika berdepan gergas Merah Kuning.

Berbeza dengan Selangor kerana mereka tewas pada minggu kesepuluh tersebut walaupun telah mencatatkan empat kemenangan berturut-turut ketika itu. Fokus kepada prestasi semasa, Perak ada kelebihan untuk catat kemenangan.

Walaupun begitu, jika dilihat dari segi prestasi sepanjang liga, tidak boleh disangkal, ini merupakan kemenangan untuk Selangor. Manakan tidak, mereka kini mengungguli carta di tempat kedua dengan 22 mata berbanding Perak di tempat ke 11 dengan hanya 9 mata sahaja.

Mungkin juga break sebelum ini bakal memberikan Selangor kelebihan untuk merancana strategi yang baru bagi menghadapi lawan pada perlawanan akan datang. Ianya tempoh yang cukup untuk mereka kembali ke landasan kemenangan.

Tapi adalah sebaiknya jangan dipandang rendah untuk pasukan Perak. Mereka mampunyai penyokong yang ramai. Kini mereka bermain di halaman sendiri dan pastinya kelebihan untuk pasukan tuan rumah ketika menerima kunjungan pasukan lawan.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi nak bagi pemain-pemain bersemangat bagi menumbangkan Selangor, penonton dan penyokong Perak perlu hadir beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sorakan dan sokongan yang padu kepada mereka semua.

Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Perak vs Selangor

Untuk yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pelanggan pek Sukan Astro.

Jangan risau, bagi yang tiada akses kepada Astro, kerana anda masih boleh tonton perlawanan ini secara live streaming menerusi platform web https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka dengan melanggan Pek Liga Malaysia dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Perak vs Selangor Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Perak FC vs Selangor FC untuk aksi Liga Super 2023 LS11 yang mana ianya akan berlangsung pada 20 Mei ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Perak di Ipoh dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam.

Manakala untuk keputusan, anda boleh dapatkan disini yang mana ianya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol bersama senarai penjaring.

20 Mei 2023 (Sabtu)

FT : Perak (0) - (4) Selangor

  • Ayron de Valle 41', 70'
  • Faisal Halim 45+1'
  • Mukhairi Ajmal 51'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post