Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Terengganu Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Terengganu Liga Super 2023

Minggu kesebelas Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk hari kedua dan salah satu perlawanan yang bakal berlangsung adalah pertemuan antara Sabah FC dan Terengganu FC yang mana ianya akan berlangsung pada 19 Mei 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Pertemuan ini juga antara yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk penyokong bagi kedua-dua pasukan. Ya mereka merupakan naib juara dan pemenang tempat ketiga Liga Super musim lalu. Kini mereka bertemu kembali.

Sebelum ini, kita dapat lihat bagaimana Sabah bermain baik pada awal musim sehingga beberapa siri keciciran mata pada pertengahan. Kini mereka kembali apabila sudah meriah dua kemenangan berturut-turut pada perlawanan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, mereka juga menunjukkan kebangkitan apabila berjaya menumbangkan gergasi Merah Kuning pada perlawanan akhir sebelum cuti rehat Sukan SEA sebelum ini. Sepertinya mereka memberi laungan yang mereka akan kembali mengejar takhta liga dan berada di kelompok teratas.

Berbeza dengan Terengganu apabila dalam dua perlawanan terakhir mereka tewas kepada pasukan lawan. Sebelum itu mereka telah meriah kemenangan tiga kali berturut-turut dan sepertinya hilang fokus apabila tewas pada perlawanan seterusnya.

Adakah Terengganu akan terus kecewa pada perlawanan akan datang ini? Mereka pula akan melalui perjalanan yang jauh ke Borneo bagi menghadapi Sabah. Jika mental tidak kuat, pastinya akan tewas mudah kepada pasukan lawan.

Sabah sudah tentu tidak mahu kecewa, lagi-lagi bermain di tempat sendiri. Dalam pada itu, momentum kemenangan sebelum ini, pastinya akan dibawa ketika bertemu Terengganu. Tidak boleh tidak, mereka ingin dapatkan mata penuh bagi memperkukuhkan kedudukan berada di kelompok teratas liga.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk semua penyokong Sabah terutamanya berada di sekitar Kota Kinabalu, jangan lupa untuk datang dan turun beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada para pemain. Ini merupakan perlawanan terakhir dalam bulan Syawal ini. Datang berbaju melayu la apa lagi.

Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang boleh dibeli di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Terengganu

Untuk yang ingin menyaksikan perlawanan ini menerusi kaca tv, anda boleh saksikan secara langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pelanggan Sports Astro.

Takda Astro, jangan risau. Anda boleh live streaming perlawanan ini menerusi platform web https://sooka.my/ atau di aplikasi mudah alih. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia dengan harga bermula RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Sabah vs Terengganu Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Sabah FC vs Terengganu FC untuk aksi Liga Super 2023 LS11 yang mana ianya akan berlangusng pada 19 Mei ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Likas dengan waktu sepak mula pada jam 7.30 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini, hanya akan dikemakini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut. Disini akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring bagi kedua-dua pasukan.

19 Mei 2023 (Jumaat)

FT : Sabah (2) - (2) Terengganu

  • Telmo Castanheira 28'
  • Darren Lok 37' (P)
  • Sony Norde 45+1', 90+4'

Masa : 7.30 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post