Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Kedah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Kedah Liga Super 2023

Kini tiba untuk hari kedua, minggu kedua belas Liga Super 2023 dengan melibatkan empat lagi perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC dimana ianya akan diadakan pada 24 Mei 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sebuah pertemuan epik untuk kedua-dua pasukan kerana melibatkan dua pasukan yang kini berada di kelompok teratas. Pasukan manakah yang mampu untuk terus kekal disana bagi mengekori rapat pendahulu liga JDT ketika ini.

Selango baru sahaja menemui rentak kembali pada perlawanan sebelum ini apabila menumpaskan Perak dengan jaringan yang besar, empat gol tanpa balas dalam pertemuan 'el classico' yang diadakan di Ipoh sebelum ini.

Bukan itu sahaja, dalam lima perlawanan terakhir, Selangor juga telah mencatatkan empat kemenangan dengan hanya sekali tewas pada kepada Sabah pada penghujung April yang lalu. Tidak terus berduka, mereka bangkit pada perlawanan seterusnya.

Pasukan Kedah DA juga bukan calang-calang. Mereka telah pun menang dua kali berturut-turut pada perlawanan terakhir sebelum ini. Pada sebelumnya, mereka telah tewas dua kali tetapi mereka bangkit bagi mendapatkan rentak kemenangan.

Dengan keputusan yang diperoleh dalam tempoh lima perlawanan terakhir ini, Kedah kini berada di tangga kelima dengan 22 mata iaitu hanya 3 mata yang memisahkan dengan Selangor yang kini berada di tangga kedua.

Jika Kedah berjaya tewaskan Selangor, sepertinya mereka akan melonjak ke tangga kedua menggantikan tempat Selangor yang mana dibezakan dengan jumlah jaringan sahaja. Adakah mereka mampu untuk cipta kejutan di kubu kuat Selangor?

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Untuk menguatkan lagi pasukan Selangor ketika ini, penyokong tuan rumah kena datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sorakan dan sokongan kepada barisan pemain yang beraksi di atas padang.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online di portal www.tickethotline.com.my atau boleh dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium bermula pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Kedah

Untuk semua penonton sukan bola sepak, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung terus ke kaca tv anda menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Untuk yang sudah menggunakan aplikasi Sooka, anda boleh juga strim menggunakan platform tersebut secara percuma. Tidak perlu kepada apa-apa langganan jika ingin menyaksikan siaran di RTM.

Jadual Dan Keputusan Selangor vs Kedah Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Selangor FC vs Kedah FC untuk aksi Liga Super 2023 LS12 yang mana ianya akan berlangsung pada 24 Mei ini, hari Rabu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring bagi kedua-dua pasukan yang bermain.

24 Mei 2023 (Rabu)

FT : Selangor (3) - (2) Kedah

  • Amirbek Juraboev 6'
  • Ayron del Valle 23'
  • Willian Lira 28'
  • Faisal Halim 40'
  • Noor Al-Rawabdeh 78'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post