Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs Penang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs Penang Liga Super 2023

Kini sudah masuk hari ketiga minggu kesebelas untuk Liga Super 2023 dan masih ada tiga lagi perlawanan berbaki termasuk pertemua antara Sri Pahang FC dan Penang FC dimana ianya akan berlangsung pada 20 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Masing-masing sudah berehat panjang dengan lebih dua minggu sebelum ini bagi memberi ruang kepada Sukan SEA Kemboja 2023 dan kini mereka kembali bagi meneruskan cabaran dalam saingan liga yang kini hampir sampai ke pengakhiran pusingan pertama.

Selepas dua perlawanan bermain di tempat lawan sebelum, kini Sri Pahang pula akan menjadi tuan rumah kepada pasukan lawan. Begitu juga kepada Penang yang sebelum ini tiga kali berturut-turut beraksi di tempat sendiri dan kini mereka pula akan terbang ke kubu pihak lawan.

Sepertinya kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi semasa yang baik dalam lima perlawanan terakhir. Bagi Pahang, mereka hanya seri sekali sahaja dalam tempoh tersebut, selebihnya meraih mata maksimum ketika bertemu lawan.

Manakala untuk Penang dalam waktu dan tempoh tersebut, mereka hanya tewas sekali sahaja. Manakala empat perlawanan lain, mereka juga meraih 3 mata maksimum ketika bertemu lawan yang mana ianya terjadi hanya di halaman sendiri sahaja.

Sri Pahang merupakan antara pasukan yang masih belum tewas dalam saingan liga kali ini bersama JDT. Tetapi mereka banyak tercicir mata menerusi keputusan-keputusan seri yang diperoleh. Kini mereka sudah menang enam kali dan seri empat kali. Untuk Penang, mereka sudah meriah kemenangan sebanyak empat kali, tewas juga empat kali dan seri dua kali.

Adakah Skuad Tok Gajah mampu untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan ini? Atau skuad Harimau Kumbang akan menjadi pasukan pertama yang meleburkan rekod tersebut ketika berkunjung ke Darul Makmur.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk semua penyokong dan peminat bola sepak khususnya bagi pasukan Sri Pahang, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sorakan dan semangat yang padu kepada para pemain yang beraksi di atas padang.

Oleh itu, dapatkan segera tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online di pautan www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium bermula pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Penang

Seperti biasa, perlawanan-perlawanan Liga Super tetap akan ditayangkan di tv bagi tontonan ramai dan perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Bagi yang tiada sambungan Astro, anda boleh live streaming menerusi platform web https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka di peranti mudah alih anda. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia bermula dengan harga RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Sri Pahang vs Penang Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Sri Pahang FC vs Penang FC untuk aksi Liga Super 2023 LS11 yang mana ianya akan berlangsung pada 20 Mei ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Darul Makmur dengan waktu sepak mula pada jam 5.15 petang.

Selepas selesai dan tamat perlawanan pada petang tersebut, kami akan kemaskini pula untuk keputusan dengan memaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring yang terlibat untuk kedua-dua pasukan.

20 Mei 2023 (Sabtu)

FT : Sri Pahang (1) - (0) Penang

  • Kpah Sherman 49' (P)

Masa : 5.15 Petang
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post