Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Kelantan Piala FA 2023 Suku Akhir

Siaran Langsung Terengganu vs Kelantan Live Streaming Piala FA 2023 Suku Akhir

Saingan Piala FA 2023 diteruskan lagi dan kini sudah memasuki pusingan Suku Akhir dengan melibatkan empat perlawanan dan salah satunya mempertemukan antara Terengganu FC dan Kelantan FC yang mana ianya akan berlangsung pada 27 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Ini mungkin menjadi perlawanan tumpuan pada hari pertama ini dimana ianya mempertemukan dua pasukan dari Pantai Timur atau juga digelar dengan perlawanan derby Pantai Timur yang pastinya akan menarik untuk disaksikan.

Perjalanan Terengganu dalam saingan Piala FA 2023 adalah bermula di pusingan 16 terbaik dimana ketika itu mereka bertemu pasukan amatur daripada Liga M3 iaitu Melaka. Dalam pertemuan itu, Terengganu tidak menghadapi masalah dengan menumpaskan pasukan dengan lawan dengan jaringan empat gol kosong.

Manakala Kelantan telah bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung iaitu juga bertemu pasukan dari Liga M3 iaitu Manjung City. Sepertinya, mereka juga tidak menghadapi masalah dengan meraih kemenangan bergaya dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Jika pada pusingan awal, kedua-dua pasukan sepertinya dapat laluan mudah untuk layak pusingan seterusnya, kini kedua-dua akan membuat perhitungan dan pasukan dari Liga Super dan pastinya akan ada saingan sengit pada perlawanan tersebut.

Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan dalam musim Liga Malaysia 2023 dan kali pertama mereka bertemua adalah dalam saingan Liga Super pada April yang lalu. Ketika itu, Kelantan telah dibelasah teruk oleh Terengganu dengan berjaya menjaringkan lima gol kosong.

Untuk pertemuan kedua ini, adakah akan meraih keputusan yang sama sekali lagi dengan kemenangan sama seperti sebelum ini? Atau Kelantan kali ini dapat memberikan tentang yang sengit sekali gus meraih kemenangan di tempat lawan.

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu antara pasukan Sabah atau KL City di peringkat Separuh Akhir. Pertembungan pasukan tersebut akan berlangsung pada hari berikutnya iaitu pada 28 Mei 2023 iaitu bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Penyokong-penyokong Hitam Putih pastinya tidak sabar untuk menerima kunjungan pasukan lawan sekali lagi di tempat mereka. Mereka pastinya ingin menyaksikan sekali lagi kemenangan yang diraih seperti dalam saingan Liga Super.

Jadi jangan lupa untuk beli tiket yang kini sudah dijual sama ada secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Terengganu vs Kelantan

Untuk yang berada di rumah, jangan risau. Perlawanan ini juga turut disiarkan di kaca tv anda secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna pek sukan Astro.

Selain itu, bagi yang tiada akses Astro, boleh live streaming untuk saksikan perlawanan ini menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mudah alih. Anda hanya perlu buat langganan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Kelantan Piala FA 2023 Suku Akhir

Berikut merupakan jadual pertemua antara Terengganu FC vs Kelantan FC untuk aksi Piala FA 2023 pusingan Suku Akhir yang mana ianya akan berlangsung pada 27 Mei ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada pukul 5.00 petang bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kejohanan ini akan menggunakan format kalah mati dan tiada timbal balik. Ianya akan diteruskan ke masa tambahan dan sehingga penentuan sepakan penalti jika tiada pemenang dalam tempoh perlawanan sebenar. Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

27 Mei 2023 (Sabtu)

FT : Terengganu (4) - (2) Kelantan

  • Azam Azmi Murad 17'
  • Ivan Mamut 41'
  • Ismaheel Akinade 45', 63' (P)
  • Sony Norde 52'
  • Syafik Ismail 82'

*Terengganu layak ke Separuh Akhir Piala FA 2023

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post