Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Penang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Penang Liga Super 2023

Pusingan pertama Liga Super 2023 kini sudah sampai ke penghujung iaitu berlangsung dalam minggu kedua belas dan antara perlawanan yang diadakan adalah antara Terengganu FC dan Penang FC pada 24 Mei 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Pertemuan ini sama penting bagi kedua-dua perlawanan. Ini kerana mereka kini berkongsi mata yang sama iaitu 14 point tetapi Terengganu berkelebihan dengan perbezaan jaringan gol yang menjadikan Terengganu berada di tangga kelapan dan Penang di tempat kesembilan.

Jika dilihat dalam prestasi 3 perlawanan terakhir, Terengganu sepertinya bukan berada dalam keadaan sebelum perlawanan tersebut. Dalam tempoh tersebut, mereka hanya berjaya peroleh satu mata sahaja dimana telah tewas dua kali dan seri sekali.

Tidak boleh tidak, ini pastinya sedikit sebanyak merendahkan moral pemain yang beraksi kerana sudah lama tidak peroleh kemenangan bagi memperbaiki kedudukan liga, sedangkan pada musim lalu, mereka beraksi sangat baik sehingga menjadi naib juara Liga Super 2022.

Berbeza dengan Penang, walaupun tewas di tangan Sri Pahang pada minggu lalu, mereka menunjukkan aksi yang baik dan telah dipisahkan dengan hanya satu jaringan gol. Itu pun menerusi sepakan penalti kontroversi.

Kalau dilihat dalam tempoh yang sama tiga perlawanan terakhir, mereka telah memenangi dua perlawanan tersebut. Momentum kemenangan masih ada yang mungkin akan dibawa ketika bertemu pasukan Terengganu pada Rabu ini.

Tetapi Terengganu pasti mempunyai sedikit kelebihan berbanding pasukan pelawat. Mereka akan bermain di hadapan penyokong sendiri yang mana sedikit sebanyak mampu memberikan sokongan moral untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk semua penyokong Terengganu, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium pada malam ini untuk memberikan sokongan kepada pasukan anda. Kemenangan yang dicari bagi memperkukuhkan kedudukan liga.

Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Penang

Untuk penonton dirumah, anda boleh saksikan pertembungan antara Terengganu dan Penang secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 3 807 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming menerusi platform web https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia dengan harga bermula RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Penang Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Terengganu FC vs Penang FC untuk aksi Liga Super 2023 LS12 yang mana ianya akan berlangsung pada 24 Mei ini, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Untuk keputusan perlawanan pada malam tersebut, akan dikemaskini ketika tamat perlawanan. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring untuk kedua-dua pasukan yang bermain.

24 Mei 2023 (Rabu)

FT : Terengganu (1) - (0) Penang

  • Engku Nor Shakir 75'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post