Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV3

Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV9

Saksikan telefilem Bila Tiba Saatnya yang akan menemui penonton pada 8 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan di tv3 pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan.

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya

Telefilem Bila Tiba Saatnya menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Kodi Rashid, Zulkifli Ismail, Iswazir Ismail dan ramai lagi.

  • Nazim Ohtman sebagai Mohd Nazim
  • Syazwa Zulkifli sebagai Rosman
  • Kodi Rashid sebagai Moin
  • Rusdi Ramli sebagai Aziz
  • Zulkifl Ismail sebagai Majid
  • Jay Iswazir sebagai Azmir
  • Dian P. Ramlee sebagai Munah
  • Niena Baharun sebagai Nadrah

Ianya mengisahkan tentang dua orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan dikampung halaman yang sama.

Rosman iaitu seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya.

Beliau pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut. Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat.

Mohd Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster. Mohd Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital.

Memang arwah Mohd Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV9

Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post