Telefilem Man Rider Di TV9

Telefilem Man Rider di TV9

Saksikan telefilem Man Rider yang akan menemui penonton semula pada 26 Mei 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan syarikat produksi Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. dan diarahkan bersama oleh Jet Lee dan Indra Putra Jamin.

Sinopsis Telefilem Man Rider

Telefilem Man Rider menampilkan barisan pelakon seperti Azwan Kombos, Zara Zya, Shamsul Ghau-Ghau, Hamdan Senario, Usop Cecupak dan ramai lagi.

  • Azwan Kombos sebagai Leman
  • Zara Zya sebagai Fatamorgana
  • Shamsul Ghau-Ghau sebagai Dr Husin

Ianya mengisahkan tentang Leman iaitu seorang anak yatim piatu yang sentiasa menyimpan impian untuk menjadi adiwira sehingga terbawa-bawa ke dewasa.

Impian Leman akhirnya dimakbulkan apabila motosikal kapcai milik datuknya, Tok Ayah diresapi kuasa makhluk asing sehingga mampu terbang, berkata-kata, mempunyai kuasa ajaib dan mempunyai perasaan seperti manusia biasa.

Konflik sebenar bermula apabila Leman diarahkan seorang lelaki misteri yang muncul dalam bentuk hologram meminta dia mencari Fatamorgana sekiranya dia mahu tahu lebih lanjut mengenai asal usul Rider.

Selepas bertemu Fatamorgana dan Passola, Leman terus berusaha merungkai persoalan demi persoalan yang membawanya kepada konflik dalaman Pertubuhan ke-7 (P7) yang sedang mengesan pembelot dalam kalangan mereka.

Kemunculan Dr Husin yang menjadi misteri dan masalah Rider yang jatuh cinta dengan Passola. Apakah yang bakal terjadi pada akhirnya?

Telefilem Man Rider di TV9

Telefilem Man Rider di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post