Telefilem Peah Singa Di TV9

Telefilem Peah Singa Di TV9

Saksikan telefilem Peah Singa yang akan menemui penonton pada 19 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi 2606 Skyline Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Zakaria dengan nukilan skrip daripada Mohd Shahremy Ikmal.

Sinopsis Telefilem Peah Singa

Telefilem Peah Singa menampilkan barisan pelakon seperti Miera Leyana, Izzue Islam, Azzahra Ahmad, Najua P. Ramlee, Ilya Buang, Muhammad Shahazrien, Suraya Ghani, Ti Arneez, Syaza Alya dan ramai lagi.

  • Miera Leyana sebagai Peah
  • Izzue Islam sebagai Aifan
  • Azzahra Ahmad sebagai Azlin
  • Najua P. Ramlee sebagai Kak Biah
  • Ilya Buang sebagai Pak Ngah
  • Muhammad Shahazrien sebagai Malek

Ianya mengisahkan tentang Peah iaitu seorang anak dara awal 30an masih belum berkahwin kerana sikapnya yang terlalu garang sehingga ditakuti ramai. Berbeza dengan Aifan yang berperwatakan lembut dan berhati sensitif.

Pak Ngah berjanji kepada Peah akan menolongnya dengan menemukannya dengan Aifan. Akhirnya mereka disatukan selepas masing-masing tidak kisah untuk berkahwin dengan sesiapapun.

Bagaimanapun kehidupan rumah tangga mereka sering bergolak kerana perbezaan karakter. Bukan itu sahaja, perkahwinan mereka turut menjadi umpatan orang kampung. Namun satu peristiwa berlaku telah mengubah kehidupan mereka.

Telefilem Peah Singa Di TV9

Telefilem Peah Singa Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post