Telefilem S Untuk Syawal Di TV9

Telefilem S Untuk Syawal Di TV9

Saksikan telefilem S Untuk Syawal yang akan menemui penonton pada 5 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Mama Bella.

Sinopsis Telefilem S Untuk Syawal

Telefilem S Untuk Syawal menampilkan barisan pelakon seperti Ben Laden, Shafie Naswip, Lisdawati, Rusdi Ramli, Ika Nabella, Norazian Ibrahim, Kamal Ibrahim, Mummee Noor, Bob Shahdan dan ramai lagi.

  • Shafie Naswip sebagai Syawal
  • Rusdi Ramli sebagai Sam & Syukri
  • Lisdawati sebagai Shila
  • Ika Nabella sebagai Nadia

Ianya mengisahkan tentang Syawal Iskandar yang lahir pada 1 Syawal, iaitu anak tunggal kesayangan Sam dan Shila. Sam menemui ajal apabila diserang sakit jantung setelah 12 tahun genap kelahiran Syawal.

Syawal menyangka Shila mencari pengganti arwah Sam. Dia melarikan diri meninggalkan Shila menyambut Hari Raya sendirian. Shila cuba untuk memujuk hatinya dan membawa diri ke rumah orang tua.

Shila terlalu rindukan Syawal. Suatu hari, Shila terjatuh di bilik air dan ia mula mengubah hidupnya. Shila hidup terlantar di atas katil dalam keadaan yang lemah.

Tidak lekang di bibir Shila menyebut “S untuk Syawal, Syawal anak kesayangan ibu”, iaitu ungkapan yang kerap disebut ketika membelai Syawal semenjak Syawal dilahirkan.

Telefilem S Untuk Syawal Di TV9

Telefilem S Untuk Syawal Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post