Telefilem Yek Icin Mahak Di TV1

Telefilem Yek Icin Mahak Di TV1

Saksikan telefilem Yek Icin Mahak yang akan menemui penonton pada 27 Mei 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawa khas sempena Hari Guru ini bagi menghargai pengorbanan seorang guru dalam mendidik murid sekolah Orang Asli ini merupakan terbitan syarikat produksi ZZ Karya Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Fazli Yahya aka Pali Yahya dengan nukilan skrip daripada Siti Soleh Abdul Ghani.

Sinopsis Telefilem Yek Icin Mahak

Telefilem Yek Icin Mahak (maksud: Aku Suka Kamu) menampilkan barisan pelakon seperti Ummi Nazeera, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat, Farah Ahmad, Zalfa Zin, Syed Irfan, Hadi Putra, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

  • Ummi Nazeera sebagai Cikgu Aisyah
  • Jay Iswazie sebagai Cikgu Nazim
  • Hasnul Rahmat sebagai Tok Batin
  • Hadi Putra sebagai Udin
  • Syed Irfan sebagai Ago
  • Farah Ahmad sebagai Seha
  • Fauziah Nawi sebagai Nenek
  • Zalfa Zin sebagai Fatin

Ianya mengisahkan tentang Cikgu Aisyah yang baru menerima surat penempatan ditugaskan mengajar di pedalaman iaitu di sekolah perkampungan Orang Asli di Kelantan.

Meskipun pada mulanya agak terkejut dan memikirkan banyak perkara untuk menerima tawaran itu namun sebagai pendidik dia akhirnya nekad menyahut cabaran tersebut. Baktinya diperlukan di sekolah itu dan dia rasa bertanggungjawab melaksanakannya.

Cikgu Aisyah mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatian anak-anak muridnya ke sekolah. Dia bersyukur kerana menerima bantuan bantuan daripada salah seorang guru sekolah sama iaitu Cikgu Nazim.

Sementara itu, salah seorang anak muridnya, Udin sudah lama tidak hadir ke sekolah. Menurut rakan-rakannya Udin tidak bersekolah kerana menjaga emaknya yang sakit meroyan.

Cikgu Aisyah cuba untuk memujuknya kembali bersekolah. Namun Udin berada dalam dilema. Sebagai anak dia bertanggungjawab mahu menjaga ibunya di rumah manakala sebagai seorang murid memerlukan dia hadir ke sekolah menuntut ilmu.

Lalu berjayakah usaha Cikgu Aisyah membawa Udin kembali ke sekolah? Bagaimana pula mereka menyelesaikan masalah meroyan yang dihadapi ibu Udin?

Telefilem Yek Icin Mahak Di TV1

Telefilem Yek Icin Mahak Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post