Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

'Selamat Hari Guru' merupakan antara ucapan yang selalu diungkapkan ketika tibanya Hari Guru pada setiap tahun. Tetapi sebenarnya banyak lagi senarai contoh ucapan yang anda boleh gunakan bagi dikongsikan kepada cikgu-cikgu anda.

Setiap tahun, Hari Guru atau Teacher's Day akan disambut dan diraikah pada 16 Mei. Jadi unutk tahun 2023 ini, di Malaysia, ianya disambut pada 16 Mei 2023 iaitu bersamaan pada hari Selasa. Tahun ini Kerajaan membawa Tema Hari Guru iaitu Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

Bulan Mei ini pastinya meriah terutamanya ketika tiba Hari Guru. Ianya diraikan bagi memberi penghargaan kepada warga pendidik tidak kiralah digelar Guru, Cikgu, Teacher, Sir, Madam, Ustaz, Ustazah, Profesor dan sebagainya.

Pada waktu ini, anda boleh bagi pelbagai kata-kata semangat, kata positif dan sebagainya kepada cikgu kesayangan anda yang telah penat lelah mengajar anda sehingga berjaya. Kalau ada rezeki, boleh beri hadiah kepada mereka sebagai tanda ingatan.

Dengan ucapan-ucapan ini, anda boleh terus kongsikan kepada guru-guru anda menerusi SMS atau Whatsapp. Selain itu, boleh juga digunakan untuk dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok dan Sebagainya.

Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Menarik

Disini kami sediakan pelbagai contoh dan jenis ucapan Hari Guru yang anda boleh gunakan termasuk dalam bentuk pantun. Anda bebas untuk gunakan sebagai panduan dihari yang bermakna ini.

Ucapan Selamat Hari Guru 1

Guru,
Dalam ajarannya ada harapan,
Dalam tegurannya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diamnya ada kebijaksanaan,
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.

SELAMaT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!

Ucapan Selamat Hari Guru 2

Jasa dan bakti Cikgu akan dikenang selalu. Minta halalkan segala ilmu yang telah diberikan. Semoga Allah sahaja mampu membalas segala keringat dan bakti Cikgu

Ucapan Selamat Hari Guru 3

Selamat Hari Guru

Jasamu akan selalu kekal abadi wahai guru.

Ucapan Selamat Hari Guru 4

Orang hebat boleh melahirkan karya bermutu. Akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat.

Selamat Hari Guru

Ucapan Selamat Hari Guru 5

"Kaulah pelita hidu bagi kami semua menuju jalan ke arah benar. Penuh ikhlas dan tulis membimbing dan mengajar untuk memastikan kami berjaya" TERIMA KASIH CIKGU

Ucapan Selamat Hari Guru 6

Terima kasih diucapkan kepada semua warga pendidik yang bergelar Cikgu, Guru, Teacher, Ustaz, Ustazah dan sebagainya yang telah mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna.

Ucapan Selamat Hari Guru 7

Selamat Hari Guru

Guru bukan orang hebat, tapi semua orang hebat berkat jasa guru!

Ucapan Selamat Hari Guru 8

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" – (Al-Mujadalah 11).

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik

Ucapan Selamat Hari Guru 9

Selamat Hari Guru. Semoga semua ilmu yang cikgu berikan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.

Ucapan Selamat Hari Guru 10

Guru..
Kehadirannya dirindukan, ungkapannya menginspirasikan.
Sikapnya diteladani, nasihatnya menyejukkan hati.
Selamat Hari Guru 2023

Ucapan Selamat Hari Guru 11

To my amazing teacher, Wishing you joy and happiness on the occasion of Teacher' Day!

Ucapan Selamat Hari Guru 12

Thank you for being a wonderful teacher and always believing in me. Happy Teacher's Day.

Ucapan Selamat Hari Guru 13

All the efforts and hard work you have put in us to bring out the best in us can never be repaid in words. We truly honoured to know you!

Ucapan Selamat Hari Guru 14

I was lucky to have a teacher as wonderful as you are. Without your guidance, I wouldn't have achieved anything in life!

Ucapan Selamat Hari Guru 15

I feel so bleesed to have a teacher like you who not only pushes me towards achieving my goal but also supports me in every step. Happy Teacher's Day 2023!

Ucapan Pantun Selamat Hari Guru 2023

Pantun Hari Guru 1

Pergi ke pasar membeli jamu,
Jamu dituang di gelas kaca,
Atas jasa dan pengorbananmu,
Kami boleh menulis dan membaca.

Pantun Hari Guru 2

Tidaklah gaharu di buat arang,
Kayu berharga, tinggi nilanya,
Tidaklah guru dilupa orang,
Bagai mutiara indah kilaunya.

Pantun Hari Guru 3

Kain lembut, berwarna biru,
Bertulis rumi, dipakai tamu,
Selamat Menyambut Hari Guru,
Berguru kami, demi ilmu.

Pantun Hari Guru 4

Di pagi hari membeli sagu,
Sagu dibeli bersama bahulu,
Selamat Hari Guru buat cikgu,
Semoga cikgu riang selalu.

Pantun Hari Guru 5

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terbentang,
Tanpa guru siapala kita,
Bagai malam tanpa bintang.

Pantun Hari Guru 6

Elok berseri bertudung biru,
Sopan santun simpuh beralas,
Sempena hari hargai guru,
Sejambak pantun dikirim ikhlas

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post