Siaran Langsung Live Streaming Penang vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Penang vs JDT Liga Super 2023

Perlawanan diteruskan lagi untuk hari kedua diminggu ketiga belas untuk saingan Liga Super 2023 dan kali ini pertemuan antara Penang FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang mana ianya akan berlangusng pada 3 Jun 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang.

BACA : Siaran Langsung Perlawanan Penang vs JDT Liga Super 3 Jun 2023

Ini merupakan pertemuan kedua berturut-turut untuk kedua-dua pasukan dalam minggu ini. Sebelum ini mereka telah bertemu dalam saingan Piala FA 2023 di peringkat Suku Akhir dan ketika bermain di Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam pertemuan ini tersebut, Penang menjadi mangsa seterusnya dengan jaringan gol yang besar iaitu bolos sebanyak lima gol tanpa balas. Seperti biasa, tiada lagi yang mampu untuk menewaskan pasukan JDT, hatta untuk menjaringkan gol.

Dengan jaringan gol besar itu juga, menjadi JDT salah satu daripada empat pasukan yang berjaya layak ke pusingan Separuh Akhir Liga Super 2023 dan bakal bertemu Selangor dalam pusingan tersebut. Penang terpaksa akur dan terkeluar daripada kejohanan.

Selepas tewas dengan jaringan yang besar, kini bertemu sekali lagi. Dalam perlawanan liga terakhir mereka pun, mereka telah tewas dua kali berturut-turut. Kemudian tambah duka dengan tersingkirnya dari saingan Piala FA. Adakah Penang dapat berbuat sesuatu kali ini?

Jika dilihat dari segi sudut positif, mereka kini akan bermain di tempat sendiri dan pastinya ada kelebihan kepada pasukan tersebut yang menjadi tuan rumah. Selesa dan faham dengan keadaan padang serta ditambah dengan sokongan penyokong yang datang.

Selepas bermain di halam sendiri, kini mereka akan terbang pula ke Utara. Ini merupakan perlawanan terakhir untuk pusingan pertama liga. Adakah JDT akan peroleh kemenangan 13 kali berturut-turut pada Sabtu ini?

Adakah sekali lagi, JDT akan berjaya mengalahkan Penang? Adakah kali ini juga, mereka tidak mampu untuk tembusi gawang untuk menjaring kan gol? Setiap minggu, ini pastinya menjadi perlawanan tumpuan yang sangat menarik untuk disaksikan.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Khusus untuk penyokon tuan rumah, datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dengan kehadiran penonton yang ramai, pastinya akan memberikan semangat kepada pemain yang beraksi di atas padang

Jadi dapatkan tiket masuk sekarang. Anda sudah boleh mula beli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di kaunter di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs JDT

Untuk yang tidak hadir ke stadium, jangan risau. Ini kerana anda masih boleh saksikan perlawanan yang turut dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Manakala yang tidak mempunyai akses kepada Astro, anda boleh tonton perlawanan ini secara live streaming iaitu menerusi platform web di sooka.my atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau pas bulanan dengna harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Penang vs JDT Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Penang FC vs Johor Darul Ta'zim FC untuk aksi Liga Super 2023 LS13 yang mana ianya akan berlangsung pada 3 Jun ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Bandaraya.

Untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini sejurus tamat perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring yang terlibat untuk kedua-dua pasukan.

3 Jun 2023 (Sabtu)

FT : Penang (0) - (2) JDT

  • Corbin-Ong 18'
  • Fernando Forestieri 86'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post