Drama Cinta Yang Tertangguh Di TV1

Drama Cinta Yang Tertangguh Di TV1

Saksikan drama terbaru Cinta Yang Tertangguh yang akan menemui penonton mulai 23 Jun 2023, bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.45 petang menerusi slot Widuri di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama bersiri 26 episod yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama 'Cinta Yang Tertangguh' karya Zaza Qry ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amie Maziah dengan nukilan skrip daripada Sharifah Abu Salem.

Sinopsis Drama Cinta Yang Tertangguh

Drama Cinta Yang Tertangguh menampilkan barisan pelakon seperti Luqman Hafidz, Sweet Qismina, Muaz Fitri, Laila Nasir, Firdaus Ghufran, Arissa Puteri, Eryn Gani, Mustapha Kamal, Halim Radzi, Mimi Ernida dan ramai lagi.

  • Luqman Hafidz sebagai Adrish Haqiey
  • Sweet Qismina sebagai Hanania
  • Muaz Fitri sebagai Jaf
  • Laila Nasir sebagai Tengku Raziah
  • Firdaus Ghufran sebagai Syaqer
  • Arissa Puteri sebagai Mya
  • Mustapha Kamal sebagai Reza
  • Eryn Gani sebagai Elisa

Ianya mengisahkan Hanania yang menjadi ibu segera kepada dua orang anak saudaranya berikutan kematian mengejut abang ipar dan kakaknya.

Tidak pernah dia mengeluh walaupun terpaksa menjaga amanah itu. Cuma, ketika kawan sekolahnya datang bertemu dengannya, dia terpaksa menipu dek kerana didesak.

Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.

Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.

Adrish tak sukakan Hanania kerana dia bertudung, tapi tetap sakit hati bila ada lelaki dekat dengan Hanania. Paling geram apabila bekas kekasih Hanania, Afii, datang mencari Hanania. Hanania yang mahu melarikan diri daripada Afii meminta tolong Adrish. Adrish on saja. Maka jadilah mereka suami dan isteri palsu.

Bila Adrish Haqiey mula anggap hubungan palsu itu sebagai yang benar, Hanania tak senang duduk. Panggilan love juga buat Hanania penasaran.

Drama Cinta Yang Tertangguh Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Cinta Yang Tertangguh Di TV1"