Drama Jack Yusof Di Astro Ria Dan Astro Go

Drama Jack Yusof Di Astro Ria Dan Astro Go

Saksikan drama siri Original terbaru Jack Yusof yang akan menemui penonton mulai 17 Jun 2023, bersiaran setiap hari Sabtu menerusi saluran Astro Go. Manakala di Astro Ria 104, akan mula ditayangkan pada 26 Jun 2023, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam.

Drama 8 episod yang bakal menggantikan LIAR merupakan terbitan syarikat produksi KL Motion Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dengan nukilan skrip bersama daripada tuan pengarah sendiri bersama Zuli Ismail.

Sinopsis Drama Jack Yusof

Drama Jack Yusof menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Raja Emma, Adriana Adnan, Fadlan Hazim, Loganathan, Hafiz Halim, Samsuri Shahrom, Syed Muhammad Baqir, Raja Azura, Che Puan Sarimah dan ramai lagi.

  • Datuk Rosyam Nor sebagai Jack Yusof
  • Sharifah Husna sebagai Aida
  • Rashidi Ishak sebagai Rahmat
  • Raja Emma sebagai Salina
  • Adriana Adnan sebagai Suzy
  • Fadlan Hazim sebagai Syafiq Aidan
  • Loganathan sebagai Ramesh
  • Hafiz Halim sebagai Zain
  • Samsuri Shahrom sebagai Tok Anjang

Ianya mengisahkan tentang Jack Yusof iaitu seorang pelakon filem terkenal yang kini sudah berusia 50-an. Macam biasa, hidup bintang filem penuh glamour, ditaburi kekayaan dan ramai wanita yang mengejarnya.

Walaupun dah berusia, Jack Yusof masih kelihatan awet muda kerana dia adalah pengguna setia rawatan Botox.

Nak dijadikan cerita, Jack Yusof ni hanyut dalam dunia glamour sampai dia abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah, termasuk meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika dia masih bayi.

Beberapa dekad berlalu bila Aida tiba-tiba muncul dan hubungi Jack untuk jadi walinya di majlis pernikahannya nanti. Jack berat hati namun bersetuju untuk bertemu semula dengan Aida dan keluarga Aida.

Perjumpaan singkat itu menggerakkan hati Jack untuk lebih terlibat dalam kehidupan Aida, sehingga dia sanggup membeli dan berpindah ke rumah di sebelah rumah Aida.

Walau bagaimanapun, tindakan Jack menyebabkan kegelisahan dan kehuru-haraan kepada bekas isterinya, Salina, dan suaminya Rahmat, yang telah membesarkan Aida sejak ketiadaan Jack.

Dalam usaha Jack untuk memperbaiki hubungannya dengan Aida, dia berdepan dengan kesilapan dan penyesalan masa silamnya dan belajar erti sebenar kekeluargaan, cinta dan kemaafan.

Siri ini meneroka dinamik sistem keluarga, pertumbuhan peribadi, dan keampunan.

Drama Jack Yusof Di Astro Ria Dan Astro Go

Drama Jack Yusof Di Astro Ria Dan Astro Go

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Jack Yusof Di Astro Ria Dan Astro Go"