Drama Persepsi Di Astro Ria

Drama Persepsi Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Persepsi yang akan menemui penonton mulai 29 Jun 2023, bersiaran setiap hari Khamis, jam 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go dan aplikasi Sooka.

Drama siri Gempak Original yang membawa genre psikologi seram ini merupakan terbitan syarikat produksi SKOP Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Tony Pietra Arjuna dengan nukilan skrip daripada June Tan.

Sinopsis Drama Persepsi

Drama Persepsi menampilkan barisan pelakon seperti Mimi Lana, Julia Farhana, Alicia Amin, Fezrul Khan, Ali Reza, Josiah Hogan, Jasmine Kaar, Azwan Serigala, Hariz Othman, Hasnrul Rahmat dan ramai lagi.

  • Mimi Lana sebagai Daya
  • Julia Farhana sebagai Nadia
  • Alicia Amin sebagai Jessie
  • Fezrul Khan sebagai Shah

Ianya mengisahkan tentang 5 rakan yang pergi bercuti di sebuah villa yang terpencil dimana niat mereka hanya untuk 'healing' dan menenangkan diri, tetapi jadi sebaliknya.

Dari gembira menjadi ragu. Ada sesuatu di villa tersebut. Apa sebenarnya yang terjadi? Adakah ianya tempat berhantu atau manusia berjiwa hantu cuba buat sesuatu?

Drama Persepsi Di Astro Ria

Drama Persepsi Di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Persepsi Di Astro Ria"