Filem Vik2ria Secret - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 15 Jun Ini

Filem Vik2ria Secret di pawagam mulai 15 Jun 2023

Saksikan filem Vik2ria Secret yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 15 Jun 2023 (Khamis) sehingga seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara yang terawal untuk menyaksikannya.

Filem dengan genre komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi Sheunik Sdn. Bhd., diarahkan oleh A. R. Badul dengan nukilan skrip daripada Rosnie Yat dan Aidil Mohd, hasil daripada idea tuan pengarah sendiri bersama Annie Arifin.

Barisan Pelakon

Filem Vik2ria Secret menampilkan barisan pelakon seperti Annie Arifin, Ropie, A. R. Badul, Man Raja Lawak, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak, Keena Mentor, Farez Adnan, Fiza Abd Halim, Lan Siro dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Annie Arifin sebagai Viki
  • Keena Mentor sebagai Ria
  • Ropie sebagai Tok KK
  • Man Raja Lawak sebagai Zamri
  • Wan Gegau sebagai Saad

Sinopsis Filem Vik2ria Secret

Filem Vik2ria Secret mengisahkan mengenai Viki iaitu seorang anak yatim piatu yang pergi ke Kampung Honi dalam kegembiraan, namun berdepan perjalanan penuh dugaan.

Dia bertemu Ria dan mereka menjadi kawan karib sehingga membuka butik pakaian dalam wanita yang diberi nama Vik2ria Secret. Pembukaan butik itu mengundang gelagat lucu dan disambut baik penduduk Kampung Honi.

Tok KK, ketua kampung dan Cross Dresser sedang rancak mahu bertanding untuk menjadi YB dan seteru mereka ialah Zamri. Peluang cerah muncul buat Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik tersebut.

Pelbagai kontroversi menyebabkan Tok KK bertindak tidak rasional dan menimbulkan kemarahan Viki yang kurang senang kenapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK, kononnya tindakan mereka mempunyai agenda yang merosakkan akhlak penduduk kampung.

Filem Vik2ria Secret di pawagam mulai 15 Jun 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Vik2ria Secret - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 15 Jun Ini"