Senarai 15 Lokasi Big Screen Menonton Perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea Pada 20 Jun 2023

Senarai 15 Lokasi Big Screen Menonton Perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea Pada 20 Jun 2023

Berita baik untuk semua penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara apabila pertemuan antara Malaysia dan Papua New Guinea akan ditayangkan di Big Screen pada 20 Jun 2023, bersamaan pada hari Selasa iaitu pukul 9.00 malam.

Pengumuman ini dibuat oleh pihak Jabatan Belia & Sukan Negara dibawah Kementeria Belia Dan Sukan (KBS) bagi memudahkan orang ramai untuk menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya beraksi dalam perlawanan persahabatan Tier 1 FIFA 2023.

Perlawanan ini merupakan kali kedua yang melibatkan pasukan negara dalam Kalendar FIFA untuk bulan Jun kali ini. Sebelum ini, pasukan bimbingan Kim Pan Gon sudah pun bertemu Kepulauan Solomon iaitu pada 14 Jun yang lalu dan meraih kemenangan dengan jaringan 4-1.

Kalau anda berada di sekitar Kuala Terengganu, anda boleh terus pergi ke Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak untuk menyaksikan perlawanan ini. Tapi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk untuk perlawanan tersebut.

Tetapi sekiranya anda berada jauh atau tidak berkesempatan untuk menonton di stadium, boleh menyaksikan siaran langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena 801 dan TV9. Tapi kalau nak lagi meriah, boleh datang ke lokasi yang menyediakan tayangan 'Big Screen' ini.

Bukan satu dua lokasi sahaja, tetapi ada 15 lokasi yang disediakan di seluruh negara yang menyediakan tayangan skrin besar ini untuk anda menonton beramai-ramai bersama orang awam dan ahli keluarga yang lain dikawasan yang luas.

Senarai 15 Lokasi Big Screen Untuk Menonton Malaysia vs Papua New Guinea

Jadi jangan lupa untuk datang dan memeriahkan suasan di lokasi-lokasi Big Screen pada 20 Jun 2023, hari Selasa, pukul 9.00 malam

Negeri Lokasi
Selangor SACC Mall, Shah Alam
Kuala Lumpur Dataran Merdeka
Kedah Kompleks Belia dan SUkan Negeri Kedah, Alor Setar
Labuan Perkarangan Medan Selera, WP Labuan
Pahang Playground No. 6, Semambu, Kuantan
Johor Dataran MBJB, Johor Bahru
Negeri Sembilan - Dataran Rantau
- Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
Sabah Funky Farm Food Court, Kota Kinabalu
Perlis Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Kangar
Sarawak Times Square Megamall, Bintulu
Melaka Bandar Satelit Sebang, Pulau Sebang, Alor Gajah
Pulau Pinang UpTown Queensbay R.S.M, Bayan Lepas
Perak Arena Square Parit, Perak Tengah
Kelantan Dewan Tok Mek Ngah, SMK Chabang Empat, Tumpat

Atau boleh juga rujuk poster dibawah. Selain itu, juga disediakan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik untuk para pengunjung. Datang beramai-ramai.

Senarai 15 Lokasi Big Screen Menonton Perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea Pada 20 Jun 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai 15 Lokasi Big Screen Menonton Perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea Pada 20 Jun 2023"