Koleksi Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 2024

Koleksi Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 2024

Biasanya kita akan ucapan selamat apabila tibanya hari perayaan seperti Hari Raya Aidiladha iaitu kepada keluarga dan kenalan. Tetapi kali ini, apa kata kita buat kelainan sikit dengan ucapan lebih unik iaitu dalam bentuk pantun.

Ini juga antara perkara yang anda boleh lakukan bagi memeriahkan lagi suasana apabila tiba hari raya yang merupakan antara dua perayaan terbesar umat Islam di dunia termasuk di Malaysia iaitu Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.

Dengan adanya ucapan dalam bentuk pantun ini, sedikit sebanyak dapat mengeratkan kasih sayang sesama kita terutamanya dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Ditambah pula pantun yang diberi unik dan menarik.

Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M Di Malaysia

Setiap tahun umat Islam akan melakukan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan Haji di Mekah dalam bulan Zulhijjah. Bagi yang tidak melakukannya, mereka akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

Jadi untuk tahun 2024, di Malaysia, Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban yang jatuh pada 10 Zulhijjah 1444H adalah bersamaan pada 17 Jun 2024 iaitu pada hari Isnin.

Tetapi bermula 9 Zulhijjah lagi, kita disunatkan dan sangat digalakkan untuk berpuasa sunat Arafah. Kemudian pada hari raya, solat sunat Hari Raya dan tambah lagi dengan 3 hari tasyrik untuk melakukan ibadah korban.

Senarai Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2024

Jadi disini dikongsikan antara contoh dan koleksi senarai ucapan dalam bentuk pantun sempena Hari Raya Aidiladha untuk anda gunakan. Boleh share di akaun media sosial anda seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 1

Mawar indah harum mewangi,
Aromanya ada dimana berada,
Pesan ini sebagai pengganti diri,
Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 2

10 Zulhijjah menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 3

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 4

Renjis kasturi doa selamat,
Sedulang pahar dibawa rakan,
Korbankan diri kasihkan umat,
Salam Aidiladha kita ucapkan.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 5

Atap serambi di hujung dahan,
Renjis kasturi doa selamat,
Bagai nabi taatkan Tuhan,
Korban diri kasihkan umat.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 6

Tiba bertemu dihari raya,
Sahabat taulan bersalam-salaman,
Tak usah melulu dijalan raya,
Selamat perjalanan ke kampung halaman.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 7

Masuk kampung cari durian,
Cari durian di kebun pak salam,
Hari raya kita bermaafan,
Tanda ikatan sesama islam

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 8

Siram pokok diwaktu pagi,
Sambil siram sambil makan,
Aidiladha menjelma lagi,
Mari kita sama raikan.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 9

Sungguh cantik bulan purnama,
Sungguh terang cahaya,
Aidiladha akan menyusul tiba,
Menu apakah juada istimewa?

Ucapan Pantun Hari Raya Korban 10

Kerbau marah sambil menyeringai,
Mengamuk sakan robohkan jamban,
Mengapa kerbau buat perangai,
Patulah esok dah Raya Korban.

Ucapan Pantun Hari Raya Korban 11

Lembut menangis tak henti-henti,
Kembing sibuk sorokkan diri,
Unta pula buat-buat mati,
Biri-biri tiba-tiba tak sedarkan diri.

Ucapan Pantun Hari Raya Korban 12

Mata mengantuk tersangkat kelat,
Tersengguk-sengguk menyandar ke kiri,
Terkejut melihat parang berkilat,
Lembu lari selamatkan diri.

Ucapan Pantun Hari Raya Korban 13

Lembu popular masa Raya Haji,
Dagingnya sedap sampai tersangkut celah gigi,
Kes lembu lari pernah terjadi,
Hati-hati jangan sampai terjadi lagi.

Ucapan Pantun Hari Raya Korban 14

Beruntung siapa yang makan ikan haruan,
Sangat berkhasiat umpama herba,
Patulah kerbau, lembu jadi tak keruan,
Rupanya Hari Raya Korban dan nak tiba.

Ucapan Pantun Hari Raya Korban 15

Sedapnya menikmati sup ekor,
Hinggat otak jadi geliga,
Riuh dan kecoh sebab lembu seekor,
Selamat Hari Raya Korban 2023

Ucapan Pantun 2 Kerat Hari Raya Aidiladha 16

Pergi ke Mekah bersama rakan,
Moga ibadah haji dipermudahkan

Ucapan Pantun 2 Kerat Hari Raya Aidiladha 17

Kerbau cuak tertanggal gigi,
Rupanya Raya Haji menjelang lagi.

Ucapan Pantun Hari Raya Haji 18

Alhamdulillah kerana mendapat rezeki,
Hati mengucapkan rasa syukur,
Buat yang menunaikan haji,
Semoga beroleh haji yang mabrur.

Ucapan Pantun Hari Raya Haji 19

Balik dari haji dapat gelaran Hajah,
Makin berseri rajin berusaha,
Takbir bergema tanggal 10 Zulhijjah,
Ku ucapakan Selamat Menyambut Aidiladha

Ucapan Pantun Hari Raya Haji 20

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari dikawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang, ekau den korbankan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Koleksi Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 2024"

Comment Author Avatar
Selamat Hari Raya Haji buat semua :)